Header AD

4 Petua Cantik & Wangi Untuk Suami

loading...
loading...
4 Petua Cantik & Wangi Untuk Suami:

image.jpg

Malunya kalau suami tegur badan kita berbau? Jika sudah menerima teguran ini bermakna ia masalah serius yang perlu ditangani segera. Jangan sesekali anggap ia masalah remeh!

Antara cara selain penggunaan deodorant adalah mengamalkan kaedah tradisional ini,

1. Guna Daun Sirih
Ramas daun sirih dan campurkan dengan tawas. Kemudian letakkan pada bahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagian tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.

2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.

3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. 

Amalkan. 

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
4 Petua Cantik & Wangi Untuk Suami 4 Petua Cantik & Wangi Untuk Suami Reviewed by kak tie on 10:17:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan