Header AD

Wirda Mansur..Dah La Cantik,Bijak Pula,Akhlak Juga Terpuji

loading...
loading...
Wirda Mansur..Dah La Cantik,Bijak Pula,Akhlak Juga Terpuji

Tak dinafikan kebanyakan generasi muda sekarang lebih menggilai dunia gajet daripada duduk membacaAl-Quran. Tetapi baru-baru ini viral seorang gadis yang bukan sahaja masih muda atau dipanggil ‘new ummah’ tetapi juga cantik dan begitu terpuji akhlaknya.
Umurnya masih muda, baru 18 tahun tetapi mendengar alunan suaranya tika menghafal Al-Quran buat bulu roma meremang. Sungguh merdu bacaannya dan menusuk dalam dada.
Gadis bernama Wirda Mansur ini berasal dari Indonesia dan merupakan anak kepada seorang ustaz. Bapanya Ustaz Yusuf Mansur begitu terkenal di Indonesia. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi dan ternyata Wirda mewarisi sifat bapanya dengan menghafal Al-Quran.
Dia juga adalah seorang pelajar di Universiti Oxford dan begitu bercita-cita tinggi iaitu mahu menjadi Menteri Luar Indonesia.


Biarpun seorang hafizah, Wirda juga seperti remaja lain yang gemar berselfie sementelah dia belajar di negara orang. 

Kelebihan gadis cilik ini juga, walaupun sibuk belajar, Wirda juga seorang usahawan dan ada jenama pakaiannya sendiri. 

Bukan itu je, dia juga seorang penulis buku movitasi berjudul ‘Reach Your Dream’.
SUMBER: HANASUVA & INSTAGRAM WIRDA MANSUR

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Wirda Mansur..Dah La Cantik,Bijak Pula,Akhlak Juga Terpuji Wirda Mansur..Dah La Cantik,Bijak Pula,Akhlak Juga Terpuji Reviewed by kak tie on 8:35:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan