Header AD

Warga Singapura Hairan Lihat Rakyat Malaysia Tidak Tahu Syukur

loading...
loading...
Warga Singapura Hairan Lihat Rakyat Malaysia Tidak Tahu Syukur:




Tahukah anda jika di Singapura, anda mahu ke hospital kerajaan sahaja bayarannya sudah jauh lebih mahal daripada apa yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia di sini.

Di media sosial Facebook, seorang doktor yang kerap menulis berkenaan hal-hal kesihatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, menulis berkenaan betapa jurang keistimewaan diberikan kepada rakyat Malaysia untuk hal perubatan amatlah tinggi sekali.

Di negara Republik itu, untuk datang ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan bayarannya adalah sebanyak RM364.54 mengikut nilai wata wang S$115 Dolar Singapura.

“S$115 ini hanya akan cover untuk Consultation, blood test biasa, X-ray biasa (bukan CT scan) dan ubat-ubatan biasa seperti ubat batuk, Panadol dan sebagainya sahaja.

“Jika perlu CT scan atau ubat-ubatan mahal, perlu dibuat pembayaran tambahan yang berasingan,” kata Abdul Rahman.

Beliau berkata seorang sahabatnya dari Singapura menghantar mesej di dalam peti masuk Facebooknya yang kehairanan kenapa rakyat Malaysia begitu payah hendak bersyukur.

Menurutnya, rakyat boleh memilih untuk pergi ke poliklinik kerajaan di Singapura tetapi ia hanya beroperasi ketika waktu pejabat.

“Bayaran hanya untuk rujukan sahaja adalah sebanyak S$11.80 (RM37.41) hingga S$23.50 (RM74.49), tak termasuk lagi bayaran untuk X-ray, ujian darah dan ubat,” katanya.





              




                  




Di Malaysia, rakyat hanya membayar RM1 tetapi dapat berjumpa doktor pakar seperti saya, menjalani ujian darah, dibuat X-ray segala bagai hingga CT Scan, jika perlu dan dibekalkan ubat yang mahal ada yang berharga sehingga RM3,000 iaitu Metalyse sewaktu serangan jantung.

Abdul Rahman berkata di Singapura, penggunaan ambulans tidak percuma tetapi perlu membayar RM450 di Malaysia, jika ambulans dipanggil untuk kecemasan, ia adalah percuma.

“Sahabat saya warga Singapura berasa sungguh aneh dengan sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat.

“Sudahlah murah, namun depa mahu free, segala-galanya disalahkan kerajaan,” kata Abdul Rahman.

Bukan sahaja perubatan percuma di Malaysia ini, kini kalau kerajaan ambil alih projek rumah yang dah usang khususnya rumah flat, silap boleh dapat rumah sama harga dengan kondominium, ada kolam renang dengan percuma sahaja.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Warga Singapura Hairan Lihat Rakyat Malaysia Tidak Tahu Syukur Warga Singapura Hairan Lihat Rakyat Malaysia Tidak Tahu Syukur Reviewed by kak tie on 4:22:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan