Header AD

Wanita Dakwa Ditipu Penyanyi Dato’ Hattan Sampai Muflis, Berhutang Hampir RM1 Juta

loading...
loading...

Wanita Dakwa Ditipu Penyanyi Dato’ Hattan Sampai Muflis, Berhutang Hampir RM1 Juta


Seorang wanita bernama kak Zab telah membuat dakwaan bahawa dia dan suaminya ditipu Dato’ Hattan sehingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang hampir RM1 juta.
Wanita mengatakan penyanyi, Dato’ Hattan telah menggunakan namanya dan suami, bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud sebagai penjamin untuk pinjaman bank.
Tambahnya lagi, kes ini sudah berlanjutan sejak 15 tahun lalu dan mendakwa Hattan lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab.
Kak Zab menceritakan kembali
kejadian tersebut apabila mendakwa Hattan yang rapat dengan dirinya dan suami telah
melantik pasangan mereka berdua itu untuk menjadi pengarah di sebuah
syarikat.
Ketika itu Kak Zab akui terlalu muda, dia baru berusia 22 tahun dan
suaminya 27 tahun diambil bekerja dengan Hattan dan dilantik sebagai
pengarah syarikat.
Hattan kemudian menggunakan nama syarikat tersebut untuk membuat pinjaman termasuk pinjaman rumah, kereta dan wang.
Masalah akhirnya timbul apabila  pinjaman tersebut tidak dibayar oleh Hattan dan pasangan suami
isteri itu sebagai pengarah syarikat diminta untuk menjelaskan pinjaman sebagai penjamin.
Ini komen Kak Zab:
“Hingga ke hari ini 15 tahun, tiada apa yang diselesaikan, kami turun naik mahkamah untuk selesaikan perkara ini.
“Kami bankrup kerana orang lain,”
“Dia buat loan (pinjaman) atas nama syarikat dan melantik kami sebagai pengarah.
“Dia buat pinjaman untuk syarikat dan keluar dari perniagaan dengan alasan mahu membuka perniagaan lain,”
“Masa itu gaji kami dibayar RM1,100 dan bagaimana mahu membayar pinjaman yang hampir RM1 juta,” 
“Saya amat berharap dan memanggil pihak Hattan untuk selesaikan masalah ini dengan cepat.
“Saya tahu awak ada duit dan dapat lepas kami dari bankrup dan saya buat ini untuk anak-saya,”
Susulan itu, Kak Zab mendapatkan penjelasan daripada Hattan namun dia diugut akan ‘dirodok’ dengan pisau selain suaminya pernah diugut oleh adik beradik penyanyi tersebut.
Kak Zab mahukan isu ini diselesaikan segera kerana kepentingan tiga orang anaknya yang semakin membesar.
Hidup pasangan suami isteri ini dikatakan sukar sehingga Kak Zab pernah alami sakit jiwa.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Wanita Dakwa Ditipu Penyanyi Dato’ Hattan Sampai Muflis, Berhutang Hampir RM1 Juta Wanita Dakwa Ditipu Penyanyi Dato’ Hattan Sampai Muflis, Berhutang Hampir RM1 Juta Reviewed by kak tie on 5:36:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan