Header AD

Video parodi temu bual ibu diganggu pula tular

loading...
loading...
Video parodi temu bual ibu diganggu pula tular:



MOMEN lucu ‘bapa BBC’ nampaknya masih belum hilang biarpun sudah lebih seminggu video temu bual profesor sains politik di Universiti Kebangsaan Pusan, Busan, Robert Kelly diganggu dua anaknya dalam satu temu bual bersama BBC tular di media sosial.

Terbaru, muncul pula sebuah video parodi pendek memaparkan seorang selebriti, Kate Wordsworth memainkan watak Kelly dalam temu bual mengenai krisis politik di Korea Selatan.

Hampir sama seperti video asal yang memaparkan Kelly, video parodi Wordsworth juga menunjukkan adegan serupa iaitu kehadiran kanak-kanak perempuan dan seorang lagi kanak-kanak berjalan masuk di dalam bilik itu ketika temu bual masih berlangsung.

Berbeza dengan reaksi Kelly, Wordsworth dilihat selamba menyambut anak perempuannya ke pangkuan dan menghulurkan botol susu itu kepada ‘anaknya’ dan mainan kepada kanak-kanak tersebut sebelum kanak-kanak itu meninggalkan pejabatnya.

Video parodi itu terus bersambung dengan adegan Wordsworth mengeluarkan ayam panggang dari ketuhar tanpa berganjak sedikit pun daripada tempat duduknya dan masih memberikan jawapan bernas berhubung persoalan krisis Korea Selatan.

Dalam video tersebut, pengendali program yang terkejut dengan kesibukan Wordsworth menangani masalah dan situasi yang dihadapi bertanya sekiranya Wordsworth mahukan sesi lain untuk temu bual.

Bagaimanapun Wordsworth yakin ingin meneruskan sesi temu bual itu sambil menyambung rutinnya menggosok baju suaminya dan memberus tandas.

Parodi itu turut disertai aksi lawak selamba Wordsworth mematikan bom yang dibawa masuk ke ruang pejabatnya oleh Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) ketika temu bual berlangsung.

Temu bual stesen televisyen BBC bersama Kelly mengenai krisis di Korea Selatan terganggu seketika apabila dua anaknya meluru masuk ke dalam bilik lokasi temu bual sedang berlangsung.

Rakaman video menunjukkan Kelly sedang menjawab beberapa soalan mengenai presiden negara itu, Park Geun-hye yang dipecat selepas dikaitkan dengan skandal rasuah.

Namun secara tiba-tiba, dua anaknya, Marion, 4, dan James yang baharu berusia sembilan bulan meluru masuk ke dalam bilik semasa temu bual sedang diadakan.

Insiden itu disedari isteri Kelly, Jung-a Kim yang kemudian membawa keluar dua anaknya dari bilik tersebut.

Adegan isterinya itu turut dirakamkan dan menjadi tular di laman media sosial.

Sumber: Sinar Harian
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Video parodi temu bual ibu diganggu pula tular Video parodi temu bual ibu diganggu pula tular Reviewed by kak tie on 6:16:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan