Header AD

UPDATED:Macam Lautan.....Gelleria@Kotaraya Di Serbu Bangsa Johor

loading...
loading...
Macam Lautan.....Gelleria@Kotaraya Terus Di Serbu Bangsa Johor

Sehingga tengah hari ini, ribuan orang ramai telah membanjiri pusat beli belah [email protected], Johor Bharu untuk membuat permohonan mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim.
Jalan sekitar pusat membeli belah berkenaan dilaporkan sesak teruk di mana rata-rata mereka yang datang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan dan mendaftar bagi mendapatkan rumah berkenaan, difahamkan juga seawal 8 pagi orang ramai sudah berkumpul di hadapan ruang legar utama pusat membeli belah berkenaan.
Majlis prapelancaran Rumah Impian Sultan Ibrahim akan disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kira-kira jam 5 petang ini dan menurut pihak berkuasa kedaan trafik akan bertambah apabila bilangan pengunjung juga dijangka bertambah.

Rumah impian tersebut akan ditawarkan kepada rakyat Johor pada harga di bawah RM100,000 oleh Sultan Ibrahim dimana Baginda menyatakan sanggup untuk menanggung sebarang kerugian yang bakal dialaminya. –
Kredit gambar: Saya Orang JohorMohd Nabil Putra

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
UPDATED:Macam Lautan.....Gelleria@Kotaraya Di Serbu Bangsa Johor  UPDATED:Macam Lautan.....Gelleria@Kotaraya  Di Serbu Bangsa Johor Reviewed by kak tie on 4:06:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan