Wednesday, 22 March 2017

Terkini Di Galleria JB:Rumah Impian Bangsa Johor dapat sambutan hangat orang ramai

loading...
Loading...
Terkini Di Galleria JB:Rumah Impian Bangsa Johor dapat sambutan hangat orang ramai

Rumah Impian Bangsa Johor dapat sambutan hangat orang ramai: SEJAK dari awal pagi, orang ramai dikatakan sudah mula berkumpul dan bersesak di Galleria Kota Raya di Johor Baharu untuk mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor yang diumumkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Rakyat Johor dari pelbagai latar belakang dan bangsa dilaporkan sanggup mengambil cuti berpusu-pusu datang ke Galleria@Kotaraya untuk menghadiri pelancaran Fasa Pertama projek rumah mampu milik yang diumumkan oleh Sultan Johor semalam.

Rakyat Johor yang bertugas di negeri-negeri lain juga dilaporkan sanggup pulang untuk menghadiri majlis tersebut. Orang ramai dikatakan sanggup duduk tidak berganjak dalam barisan kerana bimbang barisannya dipotong.




Pihak polis bantuan yang bertugas dikatakan telah mengarahkan orang ramai untuk pulang terlebih dahulu dan datang semula pada jam 3 petang nanti, namun mereka enggan pulang sebaliknya memilih untuk terus menunggu di situ.




Projek tersebut hangat menjadi bualan di media sosial menjadikan orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui butiran lanjut berkenaannya yang belum lagi didedahkan sehingga pelancaran secara raami pada hari Rabu (hari ini).

Sultan Johor sebelum ini dilaporkan bertitah, sejumlah 1,840 rumah akan dibina melalui beberapa fasa di Bandar Dato Onn, Bandar Baru Majidee dan Jalan Yahya Awal yang terletak sekitar 20 minit pemanduan dari pusat bandar Johor Bahru.

Pembinaan Fasa 1 di Bandar Dato Onn terdiri daripada 600 rumah banglo dan rumah berkembar (semi-D) yang dibina di atas tanah seluas 1,100 kaki persegi setiap unit.



Sultan Johor juga berkata bahawa Projek Rumah pegangan bebas (freehold) itu akan dibina di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

Pinjaman bank dengan skim pembayaran balik yang fleksibel, juga turut ditawarkan. Bagi memastikan ia bersifat adil kepada semua, proses pemilihan untuk mendapatkan rumah tersebut adalah ketat keutamaan diberikan kepada yang benar-benar layak.

No comments:

Loading...