Tuesday, 21 March 2017

Terimakasih Sultan Johor .....Jangan Lupa ke Galleria Kota Raya di Johor Bahru Rabu ini

loading...
Terimakasih Sultan Johor 


Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal mengumumkan ‘hadiah istimewa’ berbentuk skim perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini sempena Hari Keputeraan baginda yang disambut Khamis ini.

Baginda bertitah skim itu yang berstatuskan hak milik bebas adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di Johor Bahru di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan menawar konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai projek itu tidak didedahkan kerana baginda meminta rakyat hadir sendiri ke Galleria Kota Raya di Johor Bahru Rabu ini bagi menyaksikan pelancaran projek.

“Ia dibuka kepada semua bangsa Johor yang layak. Akan tetapi, proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti.

“Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah,” titah Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Media Diraja Johor.

Titah baginda lagi, adalah menjadi hasrat baginda untuk melihat Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah dengan memastikan skim ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

Baginda juga sempat membayangkan bagaimana rakyat boleh memiliki sebuah banglo tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit.

Dalam pada itu, baginda menjangkakan projek itu mampu membuat ‘kejutan’ dalam industri perumahan tempatan, sekali gus memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah.

“Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana,” titah baginda.

– Bernama

ALHAMDULILLAH..ALLAH PELIHARAKAN SULTAN...

BERAPA RIBU LIKES UTK SULTAN JOHOR...

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang prihatin mengenai masalah perumahan rakyatnya sanggup rugi dalam melaksanakan program perumahan untuk Bangsa Johor di negeri itu. Baginda bertitah, butiran fasa pertama yang dinamakan Rumah Impian Sultan Ibrahim itu akan diumumkan esok sempena prapelancaran projek. "Fasa pertama saya nak buat dalam 600 unit termasuk banglo dan Semi-D.

Rumah atas tanah. Mana ada banglo yang boleh bawah RM100,000 dan Semi-D. Tak ada lagi wayar-wayar elektrik macam sarang labah-labah kat atas. Tak ada lagi. Semua (longkang) ditutup... bersih.

"Saya percaya benda ini saya tak akan rugi, tetapi kalau rugi pun saya akan tanggung. Kalau rugi pun saya tak banyak, saya rasa tak apa itu amal jariah saya kepada rakyat saya. "Jikalau Rumah Impian Sultan Ibrahim ini menjadi betul-betul impian rakyat seluruh negara, kalau saya dapat sokongan daripada kerajaan Persekutuan untuk saya bina rumah rakyat untuk negara, saya buatkan dengan tidak mengambil untung satu sen pun. Biar rakyat semua ada rumah," titahnya dalam temubual eksklusif bersama agensi media di bawah Media Prima Berhad baru-baru ini.

SULTAN Ibrahim Iskandar prihatin mengenai masalah perumahan rakyatnya. Temubual itu sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, pada Khamis ini. Sultan Ibrahim juga berkata, projek dibiayai Bank Rakyat dengan dana sehingga RM500 juta, manakala pembeli akan diberikan kadar faedah yang rendah mengikut gaji supaya mereka mudah membayar semula pinjaman.

1 comment:

Dvonne Oh said...

anyone know when is the pelancaran projek start?

Loading...