Wednesday, 15 March 2017

Suami Adira Takut Darah,Kongsi Wajah Comel Bayi Anggerik

loading...
Suami Adira Takut Darah,Kongsi Wajah Comel Bayi Anggerik

PETALING JAYA: Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu memberitahu tidak dapat menemani isterinya ketika bersalin yang dilakukan secara pembedahan pada Jumaat lalu.

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 39, berkata, ia disebabkan kerana dia takut melihat darah.

"Saya tetap gementar biarpun bukan kali pertama menyambut kelahiran anak. Malangnya saya tidak dapat menemani dia di dalam wad pembedahan kerana saya takut dengan darah.

"Adira pun lebih tenang melalui proses pembedahan itu seorang, saya tunggu di luar wad bersalin sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Ombak Rindu itu selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.15 kilogram pada pukul 10.08 malam di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Adira dan bayi perempuan yang diberi nama Anggerik itu sudah berada di rumah dan dalam keadaan sihat. 


Sementara itu, Adnan turut berkongsi gambar bayi tersebut di Instagram pada Selasa.

Dalam pada itu dia merancang untuk mengadakan majlis cukur jambul pada Mei depan.

"Ini adalah detik paling indah, biarpun dapat rezeki banyak mana sekali pun, rezeki anak adalah paling bermakna dan mengikat kasih sayang.

"Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis akikah dan cukur jambul pada bulan Mei depan," ujarnya.

Selain itu, Adnan berkata, Adira akan menjalani tempoh berpantang di Kuala Lumpur bawah jagaan kakak dan ibunya.

Usahawan hartanah itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Beliau turut mempunyai seorang isteri dikenali sebagai Sharifah atau Datin Red dan tiga orang cahaya mata.
Datuk Red berkongsi wajah anaknya bersama Adira pada Selasa.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: