Isnin, 13 Mac 2017

Raja Bomoh Sedunia Buat Pelbagai Ritual Pelik Hadapi Serangan Korea Utara

loading...
Raja Bomoh Sedunia Buat  Pelbagai Ritual Pelik  Hadapi Serangan Korea Utara



‘Raja Bomoh Sedunia’ sekali lagi melakukan upacara ritual tetapi kali ini di luar perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kematian Kim Jong-nam.


Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru menjadi tumpuan media apabila dia tiba di luar perkarangan institut itu kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Dia melakukan upacara ritual dengan menggunakan sepasang kayu sebagai teropong ketika membaca doa sebelum beredar lima minit kemudian.

Pada Ahad, rakaman video berdurasi tiga minit 18 saat itu menunjukkan Ibrahim sedang melakukan upacara ritual di kawasan pantai, kali ini untuk melindungi Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara menjadi tular.

Video itu menunjukkan Ibrahim dan tiga pembantu berada di pantai memegang dua biji kelapa, dua batang kayu yang dijadikan teropong, lima meriam buluh, sejadah dan semangkuk air laut.

“Upacara kali ini adalah untuk melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara lain terutama Korea Utara.

“Selain itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin Korea Utara supaya melepaskan sebelas rakyat Malaysia dengan segera dan menyelesaikan situasi sekarang (pembunuhan Kim Jong-nam ) ” kata Ibrahim.

Menjelaskan penggunaan meriam buluh, dia berkata upacara ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak tetapi merupakan peringatan bahawa konflik ini akan diselesaikan tidak lama lagi.

Sumber: Mstar

Raja Bomoh yang juga dikenali sebagai Nujum VIP kini kembali menjadi isu terutama ketika masalah diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara di mana dia kononnya telah 'memagar' di bumi, udara dan air Malaysia daripada ancaman Korea Utara.

Sungguh pun agak memalukan, namun kita boleh faham niat baik Raja Bomoh di mana dia juga mendoakan agar sebanyak 5 juta rakyat Malaysia solat hajat dan membaca yasin selama 44 hari.



Namun, yang menjadi persoalan kepada orang ramai, perlukah melakukan perbuatan sedemikian? Dan jika perlu, haruskah dirakam dan ditunjukkan kepada masyarakat?

Rakyat Malaysia rata-rata sudah tahu, ini bukanlah kali pertama Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin melakukan perkara seperti ini. Sebelum ini, Malaysia menjadi 'popular' di pentas global kerana ritual yang dilakukannya yang bertujuan untuk mencari pesawat MH370.


Selain beliau, turut dirakam adalah beberapa orang pembantunya yang juga berpakaian kot sepertinya termasuk seorang wanita bertudung merah.

Walaupun kita belum benar-benar pasti motif Raja Bomoh 'memagar' Malaysia, namun sekurang-kurangnya kita ada penghibur di saat-saat yang memuncak pada masa kini.



Raja Bomoh atau Mahaguru Ibrahim Mat Zin dilihat membuat satu ritual yang bertujuan memastikan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sejak 7 Mac lalu dibebaskan dalam masa terdekat dalam masa yang sama 'memagar' Malaysia dari serangan asing.

"Ritual Datuk pada kali ini untuk bertujuan untuk memagar (melindungi) Malaysia dari sebarang ancaman atau serangan negara luar khususnya Korea Utara.

"Selain daripada itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan ini" katanya sebagaimana lapor portal berita tempatan, Smasa News.

Menerusi video ritual itu, dilihat Raja Bomoh menggunakan teropong, buah kelapa dan lima meriam buluh sebagai simbolik selain berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini.

"Ritual yang Datuk lakukan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tapi hanya sekadar langkah awal bagi memastikan konflik ini dapat diselesaikan segera.

"Sebab itu Datuk hanya guna meriam buluh sebagai simbolik dan petua orang dahulu kala ketika diancam pihak musuh," katanya lagi.

Untuk menonton video Raja Bomoh, silakan lihat video dibawah

loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: