Header AD

Penampakan Lembaga Di Langit Kejutkan Penduduk Zambia

loading...
loading...
Penampakan Lembaga Di Langit Kejutkan Penduduk Zambia

PENDUDUK Zambia digemparkan dengan kemunculan bayang aneh di awan berdekatan sebuah pasar raya di Kitwe baru-baru ini.

Menurut portal MailOnline, rakaman imej bayang yang menyerupai makhluk ‘Dementor’ dalam siri filem popular Harry Potter, itu dikesan di Mukuba Mall selama 30 minit.

Imej itu menunjukkan bayang berbentuk manusia berukuran 100 meter panjang dan jelas kelihatan seperti sedang terbang.

Seorang saksi berkata, kemunculan imej itu menyebabkan ramai orang terkejut.

“Ada yang mula berdoa, dan ada juga yang melarikan diri.

“Bayangan tersebut sangat aneh,” katanya.

Kesahihan gambar itu tidak dapat dipastikan setakat ini, tetapi ramai netizen mendakwa rakaman tersebut sebagai palsu.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Penampakan Lembaga Di Langit Kejutkan Penduduk Zambia Penampakan Lembaga Di Langit Kejutkan Penduduk Zambia Reviewed by kak tie on 4:15:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan