Header AD

Pemain Bolasepak Gelabah selepas tersasul ucap terima kasih kepada isteri dan teman wanita

loading...
loading...
Pemain Bolasepak Gelabah selepas tersasul ucap terima kasih kepada isteri dan teman wanita

NAMPAK gayanya, seorang pemain bola sepak sebuah pasukan di Afrika Selatan mempunyai satu 'tugasan' tambahan apabila terlepas cakap dalam satu temu bual pasca perlawanan.

Mohammed Anas, yang bermain untuk  kelab Free State Stars, dipilih sebagai Man of the Match (pemain terbaik perlawanan) selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Ajax Cape pada Jumaat.
Dalam temu bual yang disiarkan secara langsung itu, Anas berkata dia sangat menghargai sokongan peminat, sebelum mengucapkan terima kasih untuk isteri dan teman wanitanya.


Photo via @Veli_Mbuli. After winning MoTM: "And I appreciate my wife and my girlfriend. Sorry to say, I mean my wife, my wife!" pic.twitter.com/zC9944C4Ls
VIDEO: Mohammed Anas just gave the greatest MoTM speech of all time, thanking both wife and girlfriend. (Via @clydegoalpic.twitter.com/gXJ4ZwOtdg

"Terima kasih atas pemilihan ini, saya hargai sokongan peminat. Isteri saya dan teman wanita saya....maksud saya isteri saya, maaf," kata Anas.

Anas seperti tidak dapat menyembunyikan rasa gelabahnya apabila tersasul, dan sempat mengungkapkan kata-kata cinta buat isterinya.

"Saya minta maaf, saya cintakan awak. Saya sangat cintakan awak, jujur dari hati saya," tambah Anas.

Apapun, nampaknya Anas kini perlu memberi penjelasan kepada isterinya berhubung kenyataan yang dibuatnya itu.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Pemain Bolasepak Gelabah selepas tersasul ucap terima kasih kepada isteri dan teman wanita Pemain Bolasepak Gelabah selepas tersasul ucap terima kasih kepada isteri dan teman wanita Reviewed by kak tie on 2:53:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan