Header AD

Pelanggan Ditipu....Roti Canai Transfer Road Cekik Darah

loading...
loading...
Pelanggan Ditipu....Roti Canai Transfer Road Cekik Darah


Jika anda suka melancong, Pulau Pinang merupakan antara destinasi yang menarik untuk dilawati. Tarikan utamanya adalah dari sudut makanan yang banyak, pelbagai dan semestinya menyelerakan.

Makanan yang enak dan menarik, sesuai dengan harga semestinya tidak akan menjadi rungutan bagi sesetengah pelanggan.

Baru-baru ini, viral dalam kalangan warga sosial mengenai Roti Canai Transfer Road. Menurut perkongsian facebook oleh Aizat Khalid, beliau ditipu oleh peniaga kedai terbabit beberapa kali.

Harga mahal, tak menentu

Menurut Aizat, dia menyatakan bahawa Roti Canai Transfer Road mengenakan harga yang tinggi untuk hidangan sepinggan roti canai dan seketul daging.

Katanya, penggerai meletakkan dua ketul daging dan satu roti canai tanpa pengetahuan pelanggan walaupun hanya meminta untuk satu daging.

Kemudian, harga dikira berdasarkan jumlah daging yang diberikan. Jika difikirkan logik, memang benarlah pelanggan harus membayar mengikut makanan. Soalnya, lain yang dipesan, lain yang diberikan.

Harga berbeza walau dua kali kira

Sumber dari vkeong.com

Terbaru, peniaga seakan ‘memaksa’ pelanggan mengambil hidangan yang sedia ada dan bukannya seperti yang dipesan.

Kata Aizat, dia memesan roti canai kosong, namun diminta makan roti canai telur kerana masa untuk menyiapkan roti canai kosong agak lambat.

Bukan isu lambat atau cepat, tapi lebih kepada hak pelanggan. Tambahan lagi, Aizat meminta untuk mengira hidangannya sebanyak dua kali. Hasilnya, dia mendapat dua harga yang berbeza.

Orang luar mungkin kena tipu

Aduan yang dimuatnaik di statusnya mengundang reaksi pelbagai pihak. Roti Canai Transfer Road yang popular mula menjadi pertikaian.

Bayangkan kalau orang luar dari Pulau Pinang datang dan makan di situ, harganya mungkin jadi berlipat kali ganda. Maksudnya, mudah ditipu.

Bukan nak berkira, tapi sikap peniaga memang tak boleh diterima. Berhati-hatilah supaya anda juga tidak ditipu peniaga
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Pelanggan Ditipu....Roti Canai Transfer Road Cekik Darah Pelanggan Ditipu....Roti Canai Transfer Road Cekik Darah Reviewed by kak tie on 11:36:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan