Header AD

Menantu Donald Trump Disiasat

loading...
loading...
Menantu Donald Trump Disiasat

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT . Menantu Donald Trump, Jared Kushner, akan di soal siasat oleh ahli jawatankuasa Amerika Syarikat (AS) berkenaan hubungan di antara pasukan Trump dan Moscow.

White House mendakwa, Kushner yang juga merupakan pembantu Presiden Amerika Syarikat itu telah menawarkan diri untuk bercakap dengan Jawatankuasa Perisikan Senat.

Siasatan merujuk kepada pembabitan Rusia dalam pilihan raya tahun lepas.

Perisikan AS percaya dan mendakwa Rusia telah “menggodam” semasa pilihan raya presiden telah dilakukan untuk membantu Trump mengalahkan Hillary Clinton.

Rusia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan Trump memaklumkan berita itu adalah palsu.

Jawatankuasa Senat mahu mempersoalkan Kushner kerana dikatakan mengatur dua mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Rusia.


Bagaimanapun, kakitangan kepada Kushner berkata, setakat ini permintaannya untuk menyoal siasat masih belum dijawab.

Jurucakap White House Sean Spicer berkata, Kushner tidak diberikan keistimewaan eksekutif dan akan memberi keterangan kerana tugasnya dengan kempen ini hanyalah sekadar menjadi “orang tengah kepada pemimpin.

“Itu adalah peranannya kerana mahu memastikan dirinya (Kushner) jelas tentang peranan yang dimainkan, iaitu seperti yang dia beritahu dan itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Kushner telah dipilih untuk mengetuai pasukan White House baru yang bertujuan untuk merombak birokrasi kerajaan – BBC
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Menantu Donald Trump Disiasat Menantu Donald Trump Disiasat Reviewed by kak tie on 6:32:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan