Header AD

Masih Ingat Mat Despatch & Mat Jambang?Ini Kisah Terbaru Mereka

loading...
loading...
Masih Ingat Mat Despatch & Mat Jambang?Ini Kisah Terbaru Mereka

PETALING JAYA: Nama Muhd Khairul Khazali tiba-tiba menjadi sebutan dan tular di Facebook berikutan catatan hariannya bersama seorang gelandangan sejak 3 Mac lalu.

Pemuda berusia 20 tahun yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat di ibu negara mula disebut-sebut selepas membantu seorang gelandangan menggunting rambut serta mencari pekerjaan untuk seorang lelaki yang di panggil Ashuk.

Manurut catatan Khairul bertarikh 3 Mac lalu, dia mula menegur dan berborak dengan Ashuk, 41 tahun dari Pulau Pinang.

                  
Muhd Khairul memuatnaik gambar ketika dalam perjalanan membawa Ashuk ke kedai gunting rambut.


Sejak itu, Muhd Khairul mula mengemas kini catatan hariannya bersama Ashuk dan turut membantu membeli makanan walaupun kerap kali ditolak lelaki tersebut.


                   
Foto yang dimuatnaik Muhd Khairul di Facebook selepas Ashuk memotong rambutnya.


Catatan hariannya itu seperti sebuah cerpan pendek yang ditunggu-tunggu pembaca mengenai perkembangan terkini kisah 'Mat Despatch & Si Jambang'.

Menurut Khairul dalam entrinya, apa yang dia lakukan ini bukan bukan suka-suka dan hanya berniat untuk membantu mengikut kemampuannya.

"Aku buat bukan suka2. Bukan sengaja. Buat apa aku nak tolong orang? Baik aku merempit. Tapi sebab aku faham macam mana kalau aku di tempat "dia" dan xada yang nak membantu. Dengan aku kongsikan nukilan ini lah dia dapat bercakap dengan saudara dia, rakan sekerja dia yang dulu berpisah hampir 15 tahun. 

"Aku harap sangat kau berada di tempat "dia" ni, lost contact dengan saudara mara, rakan2 lama, yang hampir 15 tahun xberjumpa. Nanti kau akan tau dan kau akan rasa...," jelasnya dalam entri terbaharu pada Ahad.

Kisah tersebut telah menyentuh hati  pembaca dan pengikut-pengikutnya, malah dia turut menerima pelbagai sokongan moral.

Catatan Muhd Khairul





"Aku Despatch & Mat Jambang"

Bustop Times Square

Puas mencari, aku sabar menunggu Ashuk dekat "port" dia. Aku duduk di atas motor sambil ditemani derupan angin di tepi jalan. Tiba2, (terasa cuitan dari tepi pinggang) Aku toleh rupanya si "gila" ni. Menjerit aku " Hang pi mana aiyooo..." Gelak si Ashuk ni. Dia xtau aku risau cari dia. Permulaannya dia masih berkeras xnak gunting rambut, tapi aku tetap memaksa. Tanpa buang masa aku parking motor terus berjalan dgn dia pergi kedai gunting rambut. Sambil berjalan diperhatikan orang lain seperti aku pulak yang "tak betul" dari pandangan mereka. Ahhhh lantak lah!!

Seperti yang dijanjikan aku dengan sahabat aku Ashuk pergi gunting rambut. Aku habiskan masa rehat tengah hari aku dengan dia. Berjalan sambil berborak. Ketenangan masa ni Yaallah!!! Allah saja yg tau. Aku rasa bahagia sangat walaupun ramai yg memerhati aku dgn Ashuk ni. Sempat juga aku mengambil sekeping 2 gamba untuk menjadikan "kenangan terindah" dalam hidup aku. Hang sahabat aku Ashuk!!

Sampai je dekat kedai gunting rambut ni, bangla ni nak keluar makan katanya nak tutup kedai kejap. Aku apa lagi, tunjukkan "gangster" aku konon2 nya padahal haprakkk😂 "Hei bai you gunting sy punya kawan rambut dulu, nanti2 saja you pegi makan." Punyalah ketawa terbahak si Ashuk ni. Xkering gusi dibuatnya. Terus bai ni gunting rambut. Sambil2 tu aku selfie2 la masa dia gunting rambut. Inilah kenangan yang xdapat aku lupakan.

Selesai je gunting rambut, sambil berjalan sambil kitaorg berborak, Ashuk cakap dia nak cari kerja. Aku xtau kerja apa yang aku dapat bantu. Aku mintak maaf Shuk. Dia cakap dia jalan2 nanti sambil tanya kerja kosong. Aku risaukan dekat mana dia nak mandi kejap lagi. Tapi dia yakinkan aku, dia cakap ada tandas awam dekat area sini yang boleh dia mandi nanti. Menitik peluh ke dagu aku masa berjalan. Mana tidaknya jauh jugaklah berjalan dari Jalan Imbi ke Jalan Alor.

Sampai je dekat "port" Ashuk ni balik. Terus sambung berborak. "Aku gatai la rambut bahu aku semua gatai" sapa si Ashuk dkt aku. Kena mandi jugak si Ashuk ni ( dalam kepala otak aku)

2:00pm
Waktu untuk aku rehat dah semakin lewat. Banyak lagi surat yang aku belum hantar, banyak lagi keje aku belum siap. Aku mintak diri dulu dengan Ashuk, "Aku nak gerak dah keja aku banyak belum siap, hang pi cari tandas mandi bersih2 pakai baju yang aku bagi hang..." "Ok2 hang pi cepat siapkan semua keja hang balas Ashuk..." Macam biasa sebelum aku tinggalkan dia aku kongsikan lagi beberapa keping "kepala agong" terus masuk dlm poket dia buat belanja beli sabun, sikat, berus gigi, makan dan sebagainya. Walaupun pemberian aku ditolak banyak kali. "Xkkan hang pulak nak buat aku sedih Shuk..." Akhirnya dia ambik jugak. Dia takut aku xdtg jumpa dia lagi, dia bagi sekeping kertas suruh aku tinggalkan no hp. Alhamdulillah...

Dia mendakapkan tangan dkt dada seolah2 tanda terimakasih. Aku tersenyum... "Aku xtau la nak balas macam mana dekat hang, kata Shuk sambil menunduk. "Dei Shuk hang rilek la, xluak pun duit aku tolong hang, hang doa ja aku ni murah rezeki, kaya, nanti kalau kaya kita dua pi cari org susah pulak..." Cakap aku sambil tergelak. Ni dugaan hang Shuk, insyaallah hang berjaya. Aku nak hang jadi macam dulu. Lupakan semua masalah. Aku xkkan ada belakang hang, tapi aku akan ada sebelah hang. Satu lagi, hang doakan aku cepat kawin dpt jodoh hahaha😝😂

Aku lupakan semua masalah aku penat aku demi tanggungjawab dunia. Walaupun aku bukanlah orang yang alim cukup solat cukup ibadah. Insyaallah selagi aku diberi peluang di dunia, selagi aku dimurahkan rezeki aku akan terus menjalankan tanggungjawab. Sape2 yang ada terdengar jawatan2 kosong yang boleh sediakan hostel/tempat tinggal boleh la bagitau aku. Xkisah la kerja apa asalkan Ashuk bekerja. Security pun boleh. Area2 KL

Muka je bermisai berjanggut padahal menitik jugak la airmata ni. Sebak hati ketika mencipta kisah aku dengan sahabat aku Ashuk Kumar. Dalami lah nasib kehidupan orang yang jauh lebih daif. Bersyukurlah....Aku kongsikan video2, gambar2 sebelum dan selepas dia gunting rambut . Dia sahabat aku Ashuk Kumar. Insyaallah jika diberi peluang aku akan terus mencipta kisah2 aku bersama Ashuk Kumar esok hari. Doakan dia dapat kerja. Ashuk kirim salam dekat kita semua😊

Bukan kisah Fattah Amin, cuma nukilan seorang mat despatch. Hanya sekeping ijazah jalanan
.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Masih Ingat Mat Despatch & Mat Jambang?Ini Kisah Terbaru Mereka Masih Ingat Mat Despatch & Mat Jambang?Ini Kisah Terbaru Mereka Reviewed by kak tie on 6:35:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan