Sunday, 12 March 2017

Lelaki Tua Berpakaian Perempuan,Beraksi Bodoh Demi Ibu

loading...
Lelaki Tua Berpakaian Perempuan,Beraksi Bodoh Demi Ibu

PADA mulanya, Yinglai berpakaian menyerupai wanita untuk menggembirakan ibunya.


KEADAAN di sekitar Taman Green Lake, Kunming, China, riuh-rendah dengan bunyi gelak tawa dan sorakan daripada orang ramai yang berkerumun di sudut hujung taman tersebut.
Di tengah-tengah kelompok manusia itu, seorang lelaki tua dengan berpakaian wanita dilihat sedang asyik menari sambil mengusik beberapa orang awam yang berhenti di kawasan tersebut.
Biarpun ribuan mata memperhatikannya, namun, Li Yinglai, 74, tidak kekok dengan situasi tersebut, malah itu merupakan rutin hariannya sejak 14 tahun yang lalu.
Ujar lelaki ini, walaupun sering ditertawakan oleh orang ramai, namun Yinglai langsung tidak berkecil hati apabila diperlakukan sebegitu. Malah, dia berbangga kerana aksi dan pakaian yang dipakainya mampu mencuit hati mereka.
Setiap pagi, ketika individu lain sibuk keluar mencari rezeki, Yinglai akan menuju ke Taman Green Lake untuk memperagakan pakaiannya.
Pada waktu itu, penampilan Yinglai berbeza daripada biasa. Selain memakai gaun, aksesori wanita seperti subang, cincin dan gelang tangan, dia turut memastikan kesemua kukunya dicat dengan pelbagai warna sebelum keluar dari rumah.
Cat kuku

Menurut Yinglai, dia mengambil keputusan untuk berpakaian menyerupai wanita bagi merealisasikan hasrat ibunya yang menginginkan anak perempuan.
“Selepas melahirkan abang saya, ibu berhasrat untuk memiliki seorang anak perem­puan.
“Bagaimanapun hasrat tersebut tidak kesam­paian sehingga ke hari ini apabila saya juga dilahirkan sebagai seorang lelaki, sama seperti abang,” jelasnya.
Disebabkan itu, pada usia 60 tahun, Yinglai mengambil keputusan untuk menggembirakan ibunya dengan memakai pakaian wanita.
Bagi tujuan tersebut, Yinglai sanggup mem­belanjakan sejumlah wang hanya untuk membeli pakaian dan aksesori wanita.
Ujar Yinglai lagi, pada mulanya, dia memakai pakaian tersebut untuk menjaga ibunya yang sakit di rumah sahaja. Bagaimanapun, apabila melihat kegembiraan ibunya, dia mengambil keputusan untuk mengayakan pakaian tersebut di tengah jalan.
“Saya tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Rutin ha­rian saya setiap hari hanyalah menjaga ibu yang te­lah uzur.
“Jadi saya terfikir kenapa sisa-sisa hidup yang ada tidak dihabiskan untuk menggembirakan orang ramai walaupun pada awalnya saya rasa agak janggal.
Hujung minggu

“Saya tahu ramai yang pelik apabila melihat seorang lelaki tua sanggup berpakaian menyerupai wanita dan membuat pelbagai aksi bodoh.
“Bagaimanapun, saya langsung tidak berkecil hati dengan persepsi negatif masyarakat setempat. Ini kerana, setidak-tidaknya saya dapat menceriakan mereka dengan aksi-aksi ini,” jelasnya.
Selain memperagakan pakaian yang dipakai, Yinglai turut membuat pelbagai jenaka dan ta­rian bagi menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut.
Bagaimanapun, jelasnya lagi, aktiviti tersebut kini hanya dilakukan pada hujung minggu memandangkan dia perlu menjaga ibunya yang sakit.
“Ibu saya tidak mempunyai anak perempuan, jadi sebagai anak bongsu, saya perlu bertanggungjawab bagi memastikan ibu dijaga dengan rapi.
“Disebabkan itu, saya sanggup berpakaian seperti wanita ketika menjaganya. Sekurang-kurangnya dia dapat merasa kasih sayang seperti daripada anak ‘perempuan’,” jelasnya.

loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: