Header AD

Lakonan Tak Menjadi.....Upah King Coco Berlakon Gaduh, Kafe Dikritik Netizen

loading...
loading...
Lakonan Tak Menjadi.....Upah King Coco Berlakon Gaduh, Kafe Dikritik Netizen


‘KING Coco’, satu nama yang cukup dikenali rakyat Malaysia bukan?

Semuanya gara-gara video pelat mat salehnya tular di laman sosial suatu ketika dahulu.
Sejak dari itu, apa sahaja yang dilakukan instafamous ini pasti mendapat perhatian termasuk cerita kontroversi perkahwinan.
Terbaharu, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail sekali lagi mencetuskan sensasi ramai selepas sebuah video memaparkan dirinya bergaduh dengan dua lelaki hanya kerana berebutkan meja di sebuah kafe di Shah Alam, tular di laman sosial.
Menerusi video itu, Coco dan dua lelaki tersebut dilihat bertekak inginkan meja tersebut memandangkan tempatnya yang strategik.
Masing-masing bertegas bahawa mereka tiba dahulu di kafe berkenaan.
“Saya datang dari jauh, saya nak duduk sini. Awak pergilah meja lain,” antara kata Coco.
Dalam video itu, turut kedengaran suara perakam video yang berulang kali menyebut nama kafe dan lokasi kafe tersebut.
Bagaimanapun, pergaduhan itu menjadi sedikit pelik apabila tiba-tiba salah seorang lelaki itu tergelak kecil ketika dimarahi Coco.
Malah, Coco tanpa semena-mena secara tiba-tiba menyimbah air minuman kepada lelaki tersebut.
Reaksi lelaki itu yang langsung tidak terkejut, manakala Coco yang kemudian melihat kamera yang merakam kejadian itu jelas menampakkan pergaduhan itu sebenarnya dirancang.
Lebih ‘membodohkan’ penonton, pengurus kafe yang datang untuk menenangkan kedua-duanya langsung tidak mempamerkan wajah serius sebaliknya tersenyum-senyum ketika mendamaikan mereka.
Perkongsian video itu lantas mengundang kritikan netizen yang menyifatkan cara yang digunakan kafe tersebut sebagai publisiti murahan.
“Kot ye pun nak berlakon tak yah nak senyum-senyum la giler… kau nak promotekedai kau pakai Coco memang mereput kedai kau nanti,” kata Siti Hafizah.
Allah fake nya berlakon. Yang baju merah awat duk kejap-kejap pandang camera? Asyik nak sengih je. Gimik macam ni tak elok orang boleh berprasangka buruk. Tak semua orang suka viralkan benda macam ni. Kadang-kadang kami pun pandai menilai. Kalau betul dah takde idea nak marketing pergi je hantar pamplet or brochure menu and promosi lagi elok. Good food good price orang mesti datang punya,” kata Farrah Raihana.
Marketing level joyah… Pelakon hazab! Bangang laa siapa yang percaya,” kata Fiena Annie.
“Alaa tolongla nak promote pun tak payah nak bodohkan orang.. konon-konon sampai berebut orang nak makan kat restoran tu.. puih,” kata Oh Dyra.
Kot nak tumpang populariti Coco pun, bagilah idea yang ‘bijak’ dan lebih bernas. Tak pasal-pasal kena hentam
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Lakonan Tak Menjadi.....Upah King Coco Berlakon Gaduh, Kafe Dikritik Netizen Lakonan Tak Menjadi.....Upah King Coco Berlakon Gaduh, Kafe Dikritik Netizen Reviewed by kak tie on 9:16:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan