Header AD

‘Jenazah Tu Bangun Balik Ke?’ Jururawat Kongsi Pengalaman Mandikan Jenazah

loading...
loading...
‘Jenazah Tu Bangun Balik Ke?’ Jururawat Kongsi Pengalaman Mandikan Jenazah

Selain daripada memberi rawatan dan menguruskan pesakit, jururawat juga bertanggungjawab dalam melakukan ‘last office’ prosedur. Last office prosedur merupakan prosedur dimana jururawat membersihkan tubuh pesakit sebelum diserahkan kepada staff bilik mayat.

Wanita ini kongsi pengalaman melakukan last office prosedur ke atas pesakitnya.

Macam-macam situasi pernah dihadapi antaranya arwah memuntahkan lambakan cairan kuning pekat dan hijau, najis keluar tak henti-henti dari dubur dan banyak lagi. Huu macam seram pulak!

Muntahkan berlambak cairan kuning pekat & hijau

Pernah juga najis tak henti-henti keluar dari dubur

Screen Shot 2017-03-16 at 10.52.56 AM

Maaf jika terpaksa sentuh kawasan sulit, mengiringkan tubuh

sumber : Bel Nawhen

 Bagaimana rasa melakukan last office kepada pesakit?
Dahulu, benda ini lah akan cuba dielak.
"Adik, prepare troli last office!"
Gulp. Habis!
Konon,
~ Bimbang badi mayat ikut pulang.
~ Takut kot-kot ia roh yang tidak diterima bumi. Berdendang sayang dia kacau siang dan malam.

Jahil!
Pernah, sedang membersihkan tubuh arwah pesakit dan memusingkan badannya untuk memakaikan pakaian yang diberi ahli keluarga, arwah 'memuntahkan' berlambak cairan kuning pekat bercampur hijau.

Tergamam! Nak menangis rasa. Mulalah aura seram datang menjelma.

'Dia bangun balik ke'.
Nak terkucil sahaja rasanya.
Padahal ia hanya reflux dari isi perutnya sahaja kerana kami memusingkan tubuhnya kiri dan kanan serta 'mendudukkan' sedikit bagi menyarungkan baju.

(Diberi baju tidak berbutang pula)
Ada juga pengalaman bilamana najis tidak henti-henti keluar dari duburnya. Mahu tidak mahu, perlu sumbat kapas.

Yang paling tidak enak, saat melakukan last office (privacy arwah cukup dijaga), ada pula ahli keluarga masuk ke dalam cubicle dengan mode video pada handphone dihidupkan. Mahu rakam cara kami 'memulia'kan jenazah katanya. Kot-kot ada tersilap atau terkopakkan kulit arwah. 😑
--
Last Office (LO) merupakan satu procedure dimana kami membersihkan tubuh pesakit yang telah meninggal dan menanggalkan/mencabut segala tiub dan apa sahaja yang dipasang pada pesakit saat hayatnya di wad (yang nampak pada mata kasar). Ini termasuk mengisi segala borang berkaitan untuk diserahkan kepada staff mortuary (bilik mayat). Ini merupakan satu penghormatan terakhir kepada jenazah.

Tujuannya adalah bagi memastikan segala luka/kekotoran dibersihkan. Tubuh arwah akan dipakaikan/disarungkan dengan pakaian hospital ataupun pakaian yang diberikan oleh ahli keluarga seperti;

1) Baju - Seeloknya baju yang berbutang hadapan bagi memudahkan proses pemakaian kerana mengiringkan tubuh arwah lagi 'mengurangkan' kesakitannya.
2) Kain batik/pelekat. Seeloknya tidak diberikan seluar.
Tubuh arwah akan dibalut dengan cadar putih hospital. Beberapa kawasan tubuh akan diikat bagi mengelakkan kesukaran dalam menguruskan jenazah itu di bilik mayat seperti ;
• Mengikat dua ibu jari kaki.
• Mengikat bawah dagu ke belakang telinga bagi menutup mulut
• Mengikat pergelangan tangan apabila diapitkan.
*** Jika terdapat lubang besar (kelihatan dipandangan) seperti dari chest tube yang dicabut. Jahitan akan dilakukan bagi menutup lubang itu.
Kemudian, barulah akan diserahkan kepada staff mortuary untuk diuruskan disana mengikut kepercayaan agama masing-masing.
---
Tutor sering pesan, apa sahaja yang kita lakukan terhadap tubuh arwah perlu diminta izin dan perlu elakkan kekasaran.

Minta maaf jika terpaksa menyentuh kawasan sulit atau mengiringkan tubuhnya.
Kerana rohnya melihat segala perlakuan kita keatas tubuhnya.
“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirehat daripada seretan malaikat maut …!”
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringkannya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang.”
(Muslim)
-----
Notakaki;
Kita belajar erti kehidupan dan menghargai hidup di hospital.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
‘Jenazah Tu Bangun Balik Ke?’ Jururawat Kongsi Pengalaman Mandikan Jenazah ‘Jenazah Tu  Bangun Balik Ke?’ Jururawat Kongsi Pengalaman Mandikan Jenazah Reviewed by kak tie on 1:08:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan