Header AD

Jaga hubungan dengan Allah kunci kejayaan pelajar terbaik SPM 2016 Terengganu

loading...
loading...
Jaga hubungan dengan Allah kunci kejayaan pelajar terbaik SPM 2016 Terengganu:



Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi muncul pelajar terbaik SPM 2016 Terengganu.

Menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia menjadi ramuan penting bagi pelajar terbaik peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2016 peringkat negeri Terengganu Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi yang diumumkan hari ini.

Pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman itu mengakui tiada petua khas dalam belajar dan mengulang kaji mengikut apa yang diajar guru nya tetapi tetap membaca sentiasa Al Quran pada waktu pagi setiap hari sebelum menelaah pelajaran.

Husna mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapanya, guru-guru, sekolah Imtiaz, kawan-kawan yang sentiasa membantu, Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang banyak mengadakan kem-kem akademik sebelum ini.

‘Saya juga seperti pelajar lain mengulang kaji pelajaran seperti biasa tetapi saya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah bagi mendapat keberkatan dalam hidup termasuk dalam pelajaran’.

‘Jaga hubungan dengan Allah kerana Allah tak nak bagi ilmu masuk dalam kepala kita memang ia tak masuk jadi yang paling utama sebelum kita belajar kita kena berdoa mintak dengan Allah dan cuma Allah yang boleh bagi ilham waktu kita jawap periksa dan semuanya hanya dengan izin Allah’.

‘Yakin dengan Allah dan jaga hubungan adab dengan mak ayah, jaga hubungan dengan guru-guru untuk dapat keberkatan jaga adab dengan mereka yang bagi ilmu kat kita, dan jaga adab dengan kawan-kawan serta kaum kerabat’.

‘Allah ada kata kalau kita dalam hidup ini  dua perkara yang paling penting Hablum Minallah wa hablum minannas jadi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang paling penting’.





‘Waktu pagi kita perlu utamakan baca Al Quran dulu biar dapat keberkatan dan cari redha Allah dan kemudian baru baca buku akademik’.

‘Saya tak sangka dapat result cemerlang saya cuma doa kalau Allah nak bagi memang Allah bagi yang penting yakin dengan kekuasaan Allah’.

‘Saya duduk asrama dan jangan lupa ingat ke mak ayah, telefon mereka dan mintak maaf zahir batin dan mintak restu semua sebab kalau mak ayah tak redha Allah tak redha dan kalau Allah tak redha macam mana nak bagi kita kejayaan kan’ katanya selepas menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin di JPNT pagi tadi.


Sementara itu, ibunya Dahliana Mohd Dagang bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diraih anaknya dan memberitahu antara aspek yang dijaga adalah dari segi pemakanan dengan mengelak makanan syubhah dan mengamalkan ayat Al Quran iaitu Surah Luqman, Surah Mariam dan Surah Yussof serta membaca surah Yassin yang disyorkan oleh tokoh penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias. – Terengganu Times

Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi, Lam Sin Gee dan Nur Syuhada Alias.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Jaga hubungan dengan Allah kunci kejayaan pelajar terbaik SPM 2016 Terengganu Jaga hubungan dengan Allah kunci kejayaan pelajar terbaik SPM 2016 Terengganu Reviewed by kak tie on 3:23:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan