Header AD

Impikan gaji lumayan dan seronok?Syarikat Ini Tawarkan Gaji RM44,000 Sebulan Hanya Untuk Travel Dan Tinggal Di Tempat Mewah

loading...
loading...
Impikan gaji lumayan dan seronok?Syarikat Ini Tawarkan Gaji RM44,000 Sebulan Hanya Untuk Travel Dan Tinggal Di Tempat Mewah

Adakah anda mengimpikan pekerjaan dengan gaji lumayan dan seronok? Jika ya, inilah waktunya kerana pekerjaan ini disifatkan sebagai ‘best job on planet’ dan saya yakin semua orang sukakanya.
Kerjanya sangat mudah, anda hanya perlu travel dan tinggal di tempat-tempat mewah, kemudian anda akan dibayar sebanyak $10,000 usd sebulan, lebih kurang dalam RM44,000. Bukan itu sahaja, segala kos juga akan ditanggung oleh syarikat. Paling menarik, anda berpeluang menginap di rumah-rumah mewah yang bernilai jutaan dollar. Memang wow!
Sebuah syarikat pelancongan mewah, Third Home kini sedang menawarkan jawatan kosong untuk kerja seperti yang dinyatakan di atas. Buat anda yang ingin mencuba nasib, anda masih boleh membuat permohonan sebelum ditutup pada 30 Mac ini.
Ciri-ciri yang diperlukan untuk memenuhi jawatan ini mestilah seorang yang boleh menikmati benda-benda mewah, boleh menulis blog, kemahiran fotografi dan dalam masa yang sama handal mengendalikan media sosial.
Jika anda rasa layak untuk menerima jawatan tersebut, anda mestilah membuat satu video dalam durasi selama 1 minit dan ceritakan kenapa anda adalah yang terbaik dan layak untuk memenuhi kekosongan tersebut. Hantarkan video kreatif anda tadi ke email bestjobontheplanet@thirdhome.com. Walaubagaimanapun pekerjaan ini hanya ditawarkan dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Mereka yang layak akan dibawa mengembara ke tempat-tempat mewah dan paling maksimum menginap di 12 rumah mewah seluruh dunia. Fuh, apa tunggu lagi wahai sang pengembara tegar! Travel kini pun boleh jadi satu kerjaya.
Memang seronok sungguh, bukan travel keluar duit, tetapi travel dapat duit!
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Impikan gaji lumayan dan seronok?Syarikat Ini Tawarkan Gaji RM44,000 Sebulan Hanya Untuk Travel Dan Tinggal Di Tempat Mewah Impikan gaji lumayan dan seronok?Syarikat Ini Tawarkan  Gaji RM44,000 Sebulan Hanya Untuk Travel Dan Tinggal Di Tempat Mewah Reviewed by kak tie on 8:26:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan