Header AD

Hati-hati Warga Kulai....Video Kedai Mamak Guna Lauk Kitar Semula Tersebar

loading...
loading...
Hati-hati Warga Kulai....Video Kedai Mamak Guna Lauk Kitar Semula Tersebar



RAKAMAN video seorang pekerja restoran membasuh sisa makanan yang tidak habis untuk ‘dikitar semula’ mula menjadi tular menerusi laman sosial.


Video dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook We Are Malaysian Indians itu menerima lebih 18 ribu perkongsian dan telah ditonton 992,350 kali sejak dimuat naik 17 jam lalu.

“Tiga hari udang ini tak buang, basuh dalam air dan masak semula,” dakwa laman Facebook berkenaan.

Video menunjukkan, seorang lelaki sedang tekun mencuci udang yang dimasak tiga hari lalu, yang juga sepatutnya telah dibuang.

Selesai mencuci, udang itu kemudian diletakkan di dalam dulang, dipercayai untuk dimasukkan semula ke dalam kuah baharu untuk dihidangkan kepada pelanggan bagi mengelakkan pembaziran.

Ekoran video berkenaan, netizen mempertikaikan mengapa tiada tindakan dari pihak berkuasa setelah acap kali kes-kes seumpama itu viral menerusi media sosial.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang ingin bersangka baik, mengatakan mungkin udang itu tidak dimasak semula untuk pelanggan, sebaliknya digunakan untuk tujuan lain.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Hati-hati Warga Kulai....Video Kedai Mamak Guna Lauk Kitar Semula Tersebar Hati-hati Warga Kulai....Video Kedai Mamak Guna Lauk Kitar Semula Tersebar Reviewed by kak tie on 7:21:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan