Header AD

Hari Ini....Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia

loading...
loading...
Hari Ini....Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia

Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya di sini awal pagi Jumaat.

Berita itu disahkan oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Namun setakat ini belum dimaklumkan punca kematian beliau.

Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.
Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Al fatihah

Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Hari Ini....Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia Hari Ini....Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia Reviewed by kak tie on 9:00:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan