Header AD

Guna Cara Tradisional Ubati Keputihan Melampau

loading...
loading...
Guna Cara Tradisional Ubati Keputihan Melampau
Masaalah keputihan adalah masalah yang tidak asing lagi di kalangan kaum wanita.

Ada kalanya para wanita sendiri tidak tahu apa itu keputihan dan bagaimana keputihan itu terjadi. Ini menyebabkan mereka mengambil mudah mengenai perkara ini. 

Tahukah anda, jika masalah keputihan ini tidak ditangani dengan serius dan cepat, ini mungkin menyebabkan masalah yang lebih teruk seperti kegatalan kepada bahagian kemaluan, kemandulan dan yang lebih serius boleh menyebabkan kanser rahim.

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.

 Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan. Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak beku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Ada pelbagai kemungkinan yang menyebabkan keputihan kepada wanita, mungkin sebab perubahan hormon, jangkitan kuman, faktor kebersihan dan juga disebabkan oleh jangkitan virus. Bagi mengelakkan masalah keputihan ini terjadi, wanita haruslah mengambil berat tentang kebersihan kawasan vagina. 

Kawasan vagina yang tidak dijaga kebersihannya dengan baik, akan menimbulkan masalah keputihan.

Ikuti tip mencegah keputihan yang perlu diamalkan para wanita, supaya masalah keputihan dapat dielakkan seperti di bawah.

1. Bersihkan selalu organ intim anda. Bersihkan dengan menggunakan pembersih yang tidak menyebabkan gangguan kestabilan pH pada kawasan vagina.

2. Gunakan produk pembersih yang diperbuat daripada bahan semula jadi ataupun bahan susu.

3. Produk yang diperbuat daripada bahan susu dapat menjaga pH seimbang dan juga dapat meningkatkan bakteria baik yang diperlukan pada bahagian vagina.

4. Elakkan penggunaan sabun antiseptik kerana ia kurang baik untuk vagina dalam jangka masa panjang. Ini kerana ia bersifat keras.

5. Jangan menggunakan bedak yang bertujuan membuat vagina wangi atau kering. Struktur bedak sangat kecil dan halus, dan ini menyebabkan ia mudah terselit dan tidak dapat dibersihkan dengan baik, sehingga boleh mengundang datangnya kulat pada vagina.

6. Keringkanlah selalu vagina anda selepas mandi, cuci vagina sebelum anda berpakaian.

7. Gunakan seluar dalam yang kering. Jika anda perlu berada di luar untuk waktu yang lama, bawalah seluar dalam lebih untuk diganti bila perlu. Ini juga sesuai untuk digunakan ketika anda mahu menunaikan solat.

8. Gunakan seluar ataupun pakaian yang memiliki ruang udara yang cukup, seperti kain atau skirt. Jangan terlalu kerap menggunakan seluar yang ketat, ini akan menyebabkan pengudaraan di kawasan kewanitaan boleh terganggu.

9. Gunakan seluar dalam dari bahan cotton ataupun jenis kain yang boleh menyerap peluh dengan baik.

10. Sewaktu datang haid, selalulah menukar tuala wanita yang digunakan. Elakkan penggunaan tuala wanita yang sama terlalu lama, terutamanya pada waktu aliran yang banyak.

11. Gunakan panty liner pada waktu yang dirasakan perlu sahaja, dan jangan gunakan untuk tempoh yang terlalu lama.

12. Jika anda stres, ambil waktu bergembira ataupun bercuti. Tenangkan fikiran. Ini kerana stres juga jadi penyebab berlakunya keputihan.

13. Kurangkan kegiatan yang boleh membuatkan anda keletihan, kepanasan dan banyak mengeluarkan peluh. Jika sudah melakukan aktiviti tersebut, segera mandi dan bersihkan tubuh terutamanya pada kawasan kemaluan.

Cegah Keputihan Cara Tradisi

Guna Daun Sirih

1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.
2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sirih bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Pucuk Pegaga

1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dua gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan.
4. Setelah mendidih, biarkan sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telah pun sejuk, anda tapis air rebusan itu.
6. Minum air tersebut dua kali sehari. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal sembuh.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Guna Cara Tradisional Ubati Keputihan Melampau Guna Cara Tradisional Ubati Keputihan Melampau Reviewed by kak tie on 6:13:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan