Header AD

DAPATKAN KULIT BERSIH DAN RAMBUT BERSINAR PERSIS WANITA INDIA

loading...
loading...
DAPATKAN KULIT BERSIH DAN RAMBUT BERSINAR PERSIS WANITA INDIA

Wanita India tidak cukup dengan mata yang galak dan bibir diukir sempurna. 
Mereka sangat menitikberatkan tentang kesihatan kulit dan rambut. Lihat sahajalah rambut hitam mereka yang panjang mengurai, jarang kita lihat rambut mereka terbiar kusut. 
Begitu juga dengan kecantikan kulit mereka, pada perhatian penulis sendiri, kulit wajah orang india jarang ditumbuhi masalah jerawat atau masalah lain. Untungkan? Sudahlah cantik kurang cela pula tu. 
Seperti yang kita semua tahu, orang India amat mementingkan sumber alam semulajadi. Bagi menjaga kecantikan luaran mereka boleh dikatakan semuanya dari sumber semulajadi dari tumbuh-tumbuhan. Nak tahu rahsia mereka dan ikuti apa yang mereka amalkan? Teruskan membaca…
#1 Daun Neem / Daun Semambu 



Foto – Healthable

Daun Neem sudah menjadi raja pengubat atau kecantikan dikalangan masyarakat India. Ia mampu mengecutkan jerawat dan merawat kulit kering. Untuk masalah jerawat, rendamkan beberapa helai daun neem didalam air panas kemudian, ambil kapas muka dan sapukan air daun neem di kawasan yang bermasalah. Bagi masalah kulit kering, campurkan serbuk daun neem bersama minyak biji anggur. Sapukan diseluruh muka dan biar selama 15 minit sebelum dicuci. Daun ini juga boleh membaiki masalah rambut kelemumur. Ambil serbuk daun neem dan urut pada rambut yang basah. Biar selama satu jam dan syampu sehingga bersih. 
#2 Minyak Kelapa



Foto – Well-Being Secrets

Dari isi hingga ke titisan minyak yang terakhir, kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dan kebaikan tersendiri. Bagi anda yang mengidamkan rambut lebat, amalkan sapuan minyak kelapa pada rambut dan dibiar selama semalaman sebelum dicuci bersih dengan syampu biasa. Anda juga boleh jadikan susu kelapa sebagai perapi rambut. Percayalah, selama seminggu anda amalkan rutin ini..rambut anda semakin lebat dan bersinar cantik! Selain itu, untuk mendapatkan bulu mata lebat panjang, minyak kelapa juga rahsianya. 
#3 Minyak Bijan



Foto – Truly Organics

Biasanya kita dengar mereka menggunakan celak mata untuk mendapatkan mata yang galak. Rupanya ada teknik tertentu orang India amalkan bagi memelihara kesihatan mata dan warna hitam anak mata iaitu dengan urutan kaki dengan minyak bijan. Urutan ini juga baik untuk mereka yang mengalami masalah sukar tidur/insomnia. Apa yang perlu lakukan, urut kaki dengan minyak sebelum tidur. Urut dari jari-jari sehinggalah kebahagian tumit. 
#4 Madu



Foto – Honey | Fair Trade USA

Madu bukan sahaja manis ditekak rupanya bisa memaniskan wajah anda juga! Orang India gemar menjadikan madu sebagai masker muka dengan ramuan tersendiri. Adunan madu bersama bahan malai, chandan, besan dan minyak pati mawar untuk membasmi segala kotoran diwajah. Meninggalkan kulit wajah lembut dan licin. Jika anda mengalami kulit melecur atau terkena jangkitan, madu asli boleh digunakan sebagai antiseptik. 
#5 Kunyit 



Foto – Authority Nutrition

Jika didalam artikel tentang Petua Kecantikan Orang Cina, orang Cina menggunakan kunyit sebagai masker bagi menyerlah tona kulit dan mengurangkan kedutan pada kulit. Bagaimana pula dengan orang India? 

Mereka menggunakan ia sebagai mengurangkan kesan regangan kulit (strech marks) dan merawat tumit pecah. Untuk mencerahkan kawasan tanda regangan kulit, mudah sahaja, campurkan serbuk kunyit bersama tepung gram dan yogurt. Sapu pada seluruh kawasan terbabit. Bagi merawat tumit pecah, campurkan serbuk kunyit bersama minyak kelapa, sapukan pada kawasan tumit dan biar selama 15 minit. 
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
DAPATKAN KULIT BERSIH DAN RAMBUT BERSINAR PERSIS WANITA INDIA DAPATKAN  KULIT BERSIH DAN RAMBUT BERSINAR PERSIS WANITA INDIA Reviewed by kak tie on 8:12:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan