Wednesday, 15 March 2017

Benarkah Cindy Ng Wanita Pandu Lawan Arus Mabuk?

loading...
Benarkah Cindy Ng Wanita Pandu Lawan Arus Mabuk?

Susulan kes kemalangan maut empat kenderaan dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi semalam telah menimbulkan kekecohan dilaman media sosial selepas gambar wanita yang di dakwa memandu melawan arus tular di facebook.

Isu semakin menjadi jadi apabila salah seorag mangsa maut Mohamad Fandi dikatakan meninggalkan isteri yang sedang mengandung 4 minggu.

Tidak diketahui dengan jelas punca wanita yang dikenali sebagai Ng Pei Ven @ Cindy Ng memandu melawan arus,namun menurut isu yang tidak sahih ada yang mengatakan dia memandu dalam keadaan mabuk.

Biodata Pemandu remaja wanita lawan arus Ng Pei Ven @ Cindy Ng

Butir Pemandu PFX 5865 (Proton Gen2)
Nama Ng Pei Ven @ Cindy Ng
No KP 98052307518
Umur 19Tahun
Alamat No.35, Lorong Murni 30, Taman Desa Murni, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Penang.
Facebook:Ng Pei Ven @ Cindy Ng

Ng Pei Ven @ Cindy Ng adalah seorang model yang pernah mengikuti pertandingan merebut mahkota Miss Auto-City 2016 dan Auto-City Cik Parti Queen 2016.

Acara itu telah menarik sehingga lebih 60,000 individu dan peminat kereta dari dalam dan luar negara.



“Dia suruh saya urus sendiri balik KL” – Luahan sedih isteri mangsa kemalangan kereta dipandu lawan arus:

NORASIKIN, menunjukkan percutian terakhir iaitu pada dua minggu lalu bersama arwah suaminya, Mohamad Fandi Rosli di Pulau Langkawi sebelum suaminya terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pagi semalam. – Foto Nor Farhani Che Ad

“Dia berkeras tak mahu hantar saya balik Kuala Lumpur pada Selasa depan… rupa-rupanya itu petanda suami saya terus pergi.”

Norasikin Abdul Halim, 26, tidak dapat menahan sebak mengimbau kisah suaminya, Mohamad Fandi Rosli, 26, yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, pagi tadi.

Pasangan itu berkahwin tiga bulan lalu, namun tinggal berasingan kerana Norasikin bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang.

Beliau berkata, biasanya Mohamad Fandi akan menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di rumah keluarga di sini.

Bagaimanapun, suaminya beriya-iya meminta Norasikan pulang sendiri ke ibu negara kali ini.

“Dia sempat belikan tiket penerbangan untuk saya pulang ke Sungai Petani pada Khamis ini tetapi minta saya menguruskan sendiri perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan.

“Asalnya saya tak rasa apa-apa yang pelik bila dia kata tak boleh hantar saya balik ke Kuala Lumpur minggu depan.

“Sekarang saya tahu kenapa,” katanya ketika ditemui di rumahnya mentuanya di Kampung Seri Pinang di sini, malam ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Assam.

Sementara itu, bapa mangsa, Rosli Lin, 57, berkata anak sulungnya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Seberang Jaya di Pulau Pinang, dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.


“Dia habis bertugas jam 7 pagi. Sebelum kejadian, perangai dia macam biasa tapi dalam dua hari sebelum ini saya nampak dia lebih pendiam.

“Biasanya Fandi periang dan suka bercakap,” katanya sambil menambah Norasikin kini berbadan dua dan di peringkat awal kehamilan.

Mohamad Fandi maut selepas kereta dinaikinya dirempuh pemandu sebuah kereta yang melawan arus dari tol Sungai Dua menghala Butterworth.



Screen%2BShot%2B2017-03-15%2Bat%2B12.26.


Gambar percutian terakhir mangsa, Mohamad Fandi Rosli bersama isterinya, Norasikin Abdul Halim di Pulau Langkawi pada dua minggu lalu. – Foto Nor Farhani Che Ad

Nahas menyebabkan kenderaan dipandu Mohamad Fandi terbabas ke kiri jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal.

Kecederaan parah yang dialaminya menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian. – berita harian



loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: