Header AD

Azharina...Kisah Beberapa Jam Sebelum Anaknya Meninggal

loading...
loading...
Azharina...Beberapa Jam Sebelum Anaknya Meninggal

"Saya terima  ketentuan ini. Saya yakin dia adalah ahli syurga. Moga dia ingat dan dapat memimpin tangan saya di sana (syurga) nanti kerana di dunia ini saya kesal kerana tidak dapat meluangkan banyak masa bersamanya," ujar Nina sayu.


Peluang mengadakan konsert mini di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Ahad lalu sepatutnya menjadi antara kenangan paling manis dalam karier seni penyanyi Azharina Azhar atau lebih mesra disapa Nina.
Namun, takdir Tuhan siapa yang dapat menduga apabila dua hari selepas kejayaan persembahan tersebut, pelantun lagu Seandainya itu diuji dengan kehilangan cahaya mata angkat, Rizkie Azharin Azhar akibat demam panas.
Terkesan dan sedikit kesal kerana sibuk dengan persembahan nyanyian, sedangkan pada masa sama bayi yang baru berusia 23 hari itu berada dalam kesakitan, Nina bagaimanapun menguatkan hati menerima suratan Ilahi dengan reda.
“Saya reda dengan pemergian Rizkie dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi kesempatan berada di sisinya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.
“Meskipun hanya diberi masa tidak sampai sebulan untuk membelai dan menjaganya tetapi saya bersyukur kerana sempat merasai nikmat itu,” katanya sebak ketika dihubungi Kosmo! selepas berita kematian anaknya dimaklumkan.
Rizkie yang juga merupakan bayi angkat kedua Nina dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Putrajaya pada malam Ahad lalu kerana mengalami demam panas.
Keadaan bayi yang dilahirkan pramatang itu bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang perubahan positif apabila mula mengalami pendarahan otak, kerosakan kedua-dua belah buah pinggang dan beberapa komplikasi lain sehingga perlu bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
Selain Allahyarham Rizkie, Azharina juga mempunyai seorang lagi anak angkat berusia tiga tahun yang diberi nama Rahmat Azharin Azhar.
Berjaya
Mengimbas kembali detik dua hari sebelum takdir duka Nina terjadi, wanita itu menggagahkan diri bekerja demi mencari rezeki buat anak-anaknya dengan menjayakan persembahan mininya di Hard Rock Cafe.
Tirai persembahan petang Ahad lalu dibuka oleh tiga orang artis jemputan iaitu Patriot Band, Kriss Patt dan Maisarah Ukelele, namun tempoh dua jam boleh dianggap terlalu lama bagi peminat yang hadir dengan harapan menyaksikan nyanyian Nina.
Penantian yang sedikit meresahkan tersebut akhirnya terubat sebaik sahaja Nina muncul tepat pada pukul 5 petang sambil mengalu-alukan kedatangan penonton sebelum memulakan persembahan dengan sebuah lagu dangdut berjudul Panasaran.
Suasana menjadi bertambah meriah dengan teriakan dan tepukan gemuruh yang tidak berhenti daripada peminat setia Nina. Mereka sudah hadir seawal pukul 2 petang di lokasi konsert.
Tidak statik di atas pentas sepanjang persembahan, penyanyi kelahiran Sabah itu sebaliknya bijak mengawal suasana, bahkan turun mendekati peminat walaupun terpaksa menyelit di dalam ruang yang dipenuhi hampir 150 peminat tersebut.
Ternyata, aura seorang juara masih menebal dalam diri penyanyi berusia 32 tahun itu. Kehebatan vokal dan kemantapan stamina selama hampir dua jam di atas pentas langsung tidak tergugat.
Sepanjang konsert mini tersebut, Nina sempat menyanyikan lebih daripada 10 buah lagu, termasuk Rawan, Mama Aku Ingin Pulang, Kejoraku Bersatu, Rolling In The River, Elegi Sepi, Seribu Cinta dan single terbaharunya Sekian, Terima Kasih.
Tidak hanya ditemani peminat, turut hadir memberi sokongan padu buat Nina menerusi persembahan pertamanya sejak bergelar juara Gegar Vaganza musim ketiga itu adalah rakan-rakan artis seperti Elly Mazlein, Zur Eda, Razis Ismail, Haleeda, Noryn Aziz dan Faradhiya.
Menyaksikan kehangatan Nina sepanjang konsert mini tersebut, ternyata dia seorang wanita yang tabah. Keresahan yang membaluti perasaannya mengenangkan Rizkie yang ketika itu sedang demam panas berjaya disembunyikan demi melestarikan janji buat peminat.
Cahaya girang tidak pudar daripada wajahnya biarpun jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam, sementelah bibirnya tidak putus-putus mengucapkan terima kasih buat peminat yang hadir memberi sokongan. Sempat ditemui pada penghujung konsert, dia bagaimanapun sempat berkongsi keadaan Rizkie yang tidak sihat.
Pada fikiran Nina ketika itu, Rizkie demam biasa. Dia tanpa sedar bahawa kegembiraan persembahan yang dijayakan hanya sementara sebelum bertukar menjadi tragedi luka yang pastinya berbekas sepanjang hayat.
Juara Gegar Vaganza musim ketiga itu yang sudah berpisah dengan bekas suami sejak sembilan tahun lalu itu, turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Rahmat Azharin Aziz, 3 tahun.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Azharina...Kisah Beberapa Jam Sebelum Anaknya Meninggal Azharina...Kisah Beberapa Jam Sebelum Anaknya Meninggal Reviewed by kak tie on 5:12:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan