Header AD

ANAK INI NYARIS STRAIGHT A, TAPI PADA SAYA DIA SCORER 20A

loading...
loading...
ANAK INI NYARIS STRAIGHT A, TAPI PADA SAYA DIA SCORER 20A

(UPDATE 11.00 am : Keputusan BM = A+)

Hari ini kalau tengok dalam suratkhabar semuanya akan bercerita tentang kejayaan mereka yang menduduki SPM tahun lalu.

Cerita yang suka kita dengar dulu-dulu bila anak kampung dari keluarga miskin yang kena berniaga, jaga ayah atau emak sakit, bantu buat nasi lemak tapi boleh dapat puluh-puluh A. Saya juga respect orang begini.

Sila pujuk diri untuk baca sampai habis. Ada bersepah-sepahan pelajaran dalam karangan ini. Rugi siapa skip...

Hari ini saya nak cerita ikon yang orang tak kenal, atau orang tak kisah tapi pada saya dia ni ikon.

Nurhani Masjuki atau saya panggil Hani ialah seorang anak yang bercita-cita nak jadi doktor. Abahnya seorang doktor veterinar yang kemudian menjadi usahawan yang berjaya sekitar tahun 90-an dahulu. 

Pada tahun 2005 Abahnya Dr. Masjuki menyerahkan seluruh hartanya yang ada dan yang akan datang kepada pembangunan sebuah komuniti kebajikan yang kini dikenali 'Rumah Pengasih Warga Prihatin'.

Ayah Hani menyerah semuanya sehingga tiada apa lagi yang tinggal. Dia sendiri menjadi orang yang memfakirkan diri bekerja sepenuh masa tanpa gaji dan cuti demi kebahagiaan orang lain. Hasilnya, RPWP mampu berdiri dengan idea ayahnya bersama dengan 20 orang sahabat yang kini Hani panggil semuanya dengan panggilan “Ayah” juga.

"Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"..

Hani juga sama seperti ayahnya, seorang yang hidupnya hanya untuk kebajikan. Memang kalau tengok slip result tu macam “Alaa… whassobigdeallll?”

Tetapi pada saya…'big deal' lah tu. Nak tahu kenapa? Ini anak bertuah punya. Lain dari yang lain. Kena baca sampai habis...

Boleh bayangkan tak, Hani jenis orang yang tidur hanya 4 jam sehari. PT3 dia straight A, tapi Hani seorang yang optimis dengan 'Problem Solving'. Dia suka dengan cabaran masalah yang realistik.

Hari-hari kerja Hani cari masalah untuk diselesaikan. Macam Superman yang suka selamatkan orang susah walaupun bukan saudara beliau sendiri pun. Dari pagi sampai ke malam macam-macam kerja dia buat. Buku? Ntah….kalau sempat dia sentuh kalau tidak, tidaklah...

Hani sendiri yang insist nak bersekolah di Akademi Insan Prihatin walaupun dia tahu AIP bukan berorientasikan exam. Budak-budak balik dengan result straight D pun kita ucap tahniah kerana at least mereka belajar dan dapat buat walaupun dapat D dan bukannya F terus.

'Be fair' lah..., sekolah AIP ni dari kalangan anak-anak yatim dan asnaf. Anak yatim kalau score banyak A, rajin belajar, tak ada masalah... dah tentu tak dihantar ke RPWP. Mestilah mak ayah angkat mereka nak jaga lagi sampai masuk universiti sampai kahwin dapat anak cucu kan?

Yang sampai pada RPWP ni kebanyakannya jenis yang pergi sekolah pun lompat pagar belakang. Sampai ada yang Henry Gurney pun tak sanggup nak jaga lagi. Polis nak tangkap pun susah. Dalam lokap polis pun dia boleh lari. AIP bukan sekolah yang nak masuk kena ada ujian saringan. Asal yatim jer bolehlah masuk.

Hani dari awal lagi sekepala dengan ayahnya dan sekepala juga dengan ayah nya yang kacak ini (saya lah tu). Kami faham, pembelajaran itu datang dari kemahuan diri setelah akhlak terbangun. Maka, anak-anak yang ada masalah tu pun semuanya hanya kerana akhlaknya belum dibina. Bina dahulu akhlaknya, akademik akan jadi mudah.

RUTIN HARIAN HANI

Setiap hari dari pagi Hani tolong ibu-ibu memasak untuk satu komuniti ratusan orang ni makan. Setiap hari Isnin dan Khamis dia bangun lebih awal untuk masakkan sahur adik-adik yang berpuasa.

Sepanjang hari Hani juga diamanahkan menjaga kakaknya, iaitu seorang Down Syndrome. Alhamdulillah walaupun Down Syndrome, kakaknya boleh bawa diri dan rajin bekerja. Kemudian Hani terpaksa berlari naik ke tadika menjaga adik-adik yang kecil, mengajar adik-adik di RPWP mengaji dan petangnya masuk kelas mengajar adik-adik subjek sains, matematik dan Pengajian Islam. Lewat malam barulah dia ada masa nak fikir peperiksaan SPM nya.

Walaupun Hani ambil jurusan sains, tetapi AIP tidak ada makmal sains seperti sekolah awam. Hani belajar sendiri subjek tingkatan 4 dan 5 dengan hanya bertanya kepada kami-kami yang menjadi ayah dan ibu angkatnya di RPWP. Beliau belajar sendiri untuk tamatkan silibus dan hanya membuat soalan tahun-tahun lepas untuk persediaan peperiksaan.

HANYA 3 BULAN SEBELUM SPM baru Hani mengurangkan aktiviti lain bagi menumpukan kepada peperiksaan SPM nya.

3 bulan itulah beliau nak belajar dari Bab 1 tingkatan 4 sampai bab akhir tingkatan 5. Pegangan kami mudah, kami tahu Hani bukan genius tetapi dia rajin dan sangat strategik. Dia tahu apa yang dia buat dan dia rancang untuk mendapatkannya. Lagi satu, apa yang dia pelajari akan terus dipraktik atau jika tidak boleh dipraktik, Hani akan cuba ajarkan adik-adik yang lain apa yang dia pelajari. Ilmu mengalir lancar tanpa sekatan.

Ya, Hani benar-benar pasti apa yang dia mahukan. Malah, selepas SPM Hani sendiri membuat keputusan untuk menyertai rakan-rakan yang bernikah awal. Beliau sudi bernikah dengan jejaka mana sahaja yang dipilihkan oleh ayah dan ibunya. Anak ini sangat taat kepada ibu bapanya dan terima sahaja jodoh pilihan ibu bapanya. Alhamdulillah beliau nampak bahagia sekarang bersama suaminya.

Hani tahu dia nak jadi doktor. Dia bersedia untuk bernikah pada umur 17 tahun supaya hidupnya lebih fokus kepada satu ketentuan dan bukan satu dunia terbuka yang tidak menentu. 

Pada Hani, dia nak fokus pada pelajaran untuk menjadi seorang doktor dan tak mahu hatinya 'distracted' dengan cinta-cinta atau mencari cinta yang tak tentu hala.

Hani ialah salah seorang dari 9 pasangan RPWP yang dinikahkan pada Januari baru-baru ini. InsyaAllah kendurinya pada 16 April 2017 di Sg Ramal Dalam. Jemput semua datang, ini jemputan betul2…sila datang jangan malu.

Bagi sya anak ini hebat. Dalam 3 bulan itulah dia mampu mendapat keputusan HAMPIR SEMUA 'A'.

Saya anggap yang B dan B+ tu semua nyaris-nyaris A. Pada saya itu semua 'A' jugalah KECUALI MASALAH KESILAPAN SEMAKAN. Ada pulak Bahasa Melayu ditanda T (Tidak Hadir) sedangkan Hani memang hadir semasa peperiksaan. Apapun kami dah cuba buat semakan, tunggu sedikit masa keputusannya bagaimana. Kalau ada orang kuat lembaga Peperiksaan nak bantu amat dialu-alukan. (update: Alhamdulillah dia dapat A+)

Itu baru belajar 3 bulan.., kalau kita beri Hani lagi sebulan dua saya rasa boleh sampai Straight A.

Hani ialah anak ke-6 selepas kakaknya yang menghidap Down Syndrome.

Semasa mengandungkan Hani, ibunya sering diejek dan disindir oleh doktor-doktor kerana masih mengandung lagi sedangkan telah dinasihatkan untuk tidak mengandung. Tambahan pula, anak pertama (abg sulong) kepada Hani hanya sempat hidup 2 jam sahaja selepas lahir disebabkan oleh Multiple Congenital Abnormalities. Ada yang tidak berperasaan kerana menyindir kononnya anak dalam kandungan (Hani) juga mungkin Down Syndrome juga.

Tetapi seorang ibu tetap positif dengan apa yang bakal Allah rezekikan. Hari ini, bolehlah dikatakan SEJUK PERUT IBU MENGANDUNGKAN HANI.

Hani tahu dia boleh score straight A kerana daya fokusnya yang tinggi. Hani ialah produk sistem pendidikan akhlak dan akademik di AIP. Satu pendidikan yang mendahulukan akhlak kerana apabila akhlak sudah mapan, akademik hanyalah seperti satu misi mudah sahaja.

Cerita Hani mungkin tidak akan masuk suratkhabar mana-mana. Tetapi pada kami, beliau seorang anak yang elok akhlaknya, yang sudah menjadi 'cikgu' semasa menduduki peperiksaan SPM nya, sudah jadi pendidik dan penjaga kepada adik-adiknya, mampu menjaga kakaknya yang Down Syndrome dengan baik sekali, anak yang sangat berbakti kepada orang tua dan komuniti asnafnya, dan kini seorang isteri yang taat kepada suaminya. Dengan kesempatan belajar hanya 3 bulan dia mampu mencapai keputusan sebegini.. Bagi kami Hani sudah score lebih dari 20 'A'...


Dengan keputusan begini, Hani berkemungkinan tidak akan mendapat tajaan dari mana-mana badan yang meletakkan kriteria utama pada bilangan 'A.' Lagi-lagi jika nak masuk dalam bidang perubatan yang biasanya dipenuhi pemohon-pemohon 'straight A'. 

Namun, jika saya memiliki sebuah universiti yang menawarkan kursus perubatan, saya akan ambil orang begini dan taja sepenuhnya pengajian beliau. 

Kerana akhlak dan karakter begini, langkahnya boleh pergi jauh dalam mengharumkan mana-mana tempat yang akan disinggahi oleh anak ini. Jika Hani ada 4 atau 5 bulan hanya belajar sahaja, saya fikir Hani mungkin boleh score semuanya A tanpa masalah.

Semoga ada pihak yang akan merealisasikan impian Hani untuk menjadi seorang doktor. Anda tahu mengapa?...

Bila ditanya, mengapa nak jadi doktor? Kerana dia mahu menjadi DOKTOR SUKARELAWAN yang memberi khidmat percuma kepada komuniti kebajikan, khususnya kepada kaum wanita. Sikap Hani betul-betul macam bapaknya. Hidup bukan untuk kayakan diri sendiri, tetapi sanggup bersusah asalkan mampu merahmatkan orang lain yang memerlukan.

'Hani' ialah KISAH BENAR.

Cuma ceritanya macam cerita fiksyen.. 

Bukan kerana tidak benar, tetapi spesis hidupan macam Hani ini sudah semakin terancam….RARE !

Saya berdoa, ada pihak akan tampil menjadi penaja kepada Hani. Tak rugi kerana jika anak ini berjaya menjadi doktor, ia akan menjadi doktor yang sangat berbakti walaupun tanpa gaji. Yang menaja pula akan jadi macam saham akhirat baginya. Setiap kali “Dr. Hani” berbakti kepada umat manusia, pahalanya akan terus masuk kepada penaja yang mungkin ketika itu sudah pun meninggal dunia.

Ada ramai ikon SPM, tetapi yang ini adalah ikon pada pandangan saya.

catatan:
SAIFUL NANG
Ayah Kacak
Tambahan : Hani ini semasa kecil dahulu pernah berlakon dalam filem pendek yang saya arahkan, dalam filem pendek tu memang dia nak jadi doktor pun. Cuba tengok filem tu di sini https://vimeo.com/16885007
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
ANAK INI NYARIS STRAIGHT A, TAPI PADA SAYA DIA SCORER 20A ANAK INI NYARIS STRAIGHT A, TAPI PADA SAYA DIA SCORER 20A Reviewed by kak tie on 6:03:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan