Header AD

Anak dapat 9A, Noniswara menangis ketika berlakon

loading...
loading...
Anak dapat 9A, Noniswara menangis ketika berlakon

Nur Erysha, anak pelakon Noniswara Baharuddin, menerima penghargaan dari sekolahnya SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur apabila mencapai 9A SPM. ― Foto ihsan Instagram/Noniswara
KUALA LUMPUR, 16 Mac ― Noniswara Baharuddin tidak sempat menemani anaknya mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana sibuk berlakon.

Namun beliau menitiskan air mata di lokasi penggambaran apabila Nur Erysha Amyra Zakaria, pelajar SMK Aminuddin Baki, merangkul 9A, lapor Utusan Online.  
"Apabila dia dapat tahu keputusannya cemerlang, terus dia telefon dan menangis. Apa lagi, saya pun menangis kesyukuran di set penggambaran ini," katanya.
Keputusan SPM hari ini menyaksikan pelajar pelbagai latar belakang mencatat keputusan cemerlang termasuk memperolehi A dalam semua mata pelajaran.
Selain anak pelakon, atlet negara dan pelajar orang kelainan upaya (OKU) juga dilaporkan mencatatkan keputusan cemerlang.
Berikut beberapa pelajar lagi yang diraikan atas usaha keras mereka selama ini:
Muhammad Syahir Umar, pelajar OKU pendengaran, 9A
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Halim, Jitra ini membuktikan kecacatan dan kemiskinan bukanlah penghalang kejayaan.
Bergantung sepenuhnya pada telinga kiri, lapor Harian Metro, beliau tidak melihat kekurangan itu "alasan untuk tidak berjaya."
Asmalia Filzati Redzuan, atlet pelapis renang, 8A-1B
Ng Yong Jie, atlet olahraga, 8A-2B
Shak Yuki, gimnas remaja, 7A-2B
Sekolah Sukan Bukit Jalil menyifatkan kejayaan manis tiga pelajar ini sebagai bukti programnya membuahkan hasil positif, lapor Berita Harian.
"Walaupun sibuk dengan latihan dan kejohanan di luar, mereka telah mencapai satu keputusan membanggakan untuk sekolah," kata pengetuanya Asmad Ahmad.
Tan Kee Hern, 10A
Sam Ying Jie, 9A-2B
Dua pelajar SMK Mahsuri di Langkawi itu disarungkan selempang dan disuapkan pulut kuning oleh pengetua Norini Wan Awang, lapor Harian Metro.
Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi, 11A+
Lam Sin Gee, 9A+
Husna, pelajar SM Imtiaz di Kemaman, dan Lam, SMK Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu, diumum pelajar cemerlang Terengganu, lapor Harian Metro.
Syaheeda Mohd Shafee, 9A
Pelajar SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan ini berdepan saat sukar apabila kehilangan bapa dan abangnya akibat kemalangan jalan raya tahun lalu.
"Saya pernah berjanji dengan arwah ayah untuk belajar bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan cemerlang," katanya kepada Berita Harian.
"Alhamdulilah, saya bersyukur kerana berjaya mengotakan janji dan memperoleh keputusan 9A, walaupun dia tidak ada bersama hari ini."

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Anak dapat 9A, Noniswara menangis ketika berlakon Anak dapat 9A, Noniswara menangis ketika berlakon Reviewed by kak tie on 10:42:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan