Dipulau oleh industri dan filemnya tidak mendapat sambutan dek kerana kegemilangan yang sudah mati selepas seniman itu berhijrah ke Kuala Lumpur, dikatakan antara sebab mengapa P. Ramlee jatuh miskin dan meninggal dalam serba kedaifan pada 29 Mei 1973.

Mega baru-baru ini bertemu dengan seorang lagi seniman negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab di rumahnya di Taman Melewar, Gombak, Selangor. Kedutan di wajahnya langsung tidak meluputkan ingatannya terhadap kenangan-kenangan indah ketika bersama P.Ramlee.