Header AD

AHMAD FAUZAN HATIM SUSPEK RASUAH HARTANAH JOHOR – DARI KACA MATA SEORANG SAHABAT

loading...
loading...

CERITA BELAKANG TABIR SUSPEK RASUAH HARTANAH NEGERI JOHOR YANG PERLU ANDA TAHU!!!


AHMAD FAUZAN HATIM – DARI KACA MATA SEORANG SAHABAT

Viral di media sosial berkenaan sahabat saya, Ahmad Fauzan Hatim yang dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dan terilbat dalam skandal rasuah hartanah di negeri Johor. Berstatus anak kepada Exco,Fauzan tanpa usul periksa telah dikecam teruk oleh netizen dengan pelbagai tuduhan rasuah

KEPADA NETIZEN

Saya yakin dan percaya 99%  daripada netizen yang mengecam tidak mengenali Fauzan. Fauzan,datang dari keluarga usahawan yang berjaya. Mewarisi syarikat datuknya dan kemudiannya menjadi pengarah syarikat pembinaan yang berjaya dalam usia yang muda. Bapanya (sebelum menjadi Exco)  pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dan meninggalkan legasi syarikat dengan reputasi yang cemerlang kepada beliau. Ini adalah jalan dan rezeki beliau. Kita sebagai hambaNya tak perlu pertikai rezeki masing-masing. Ada berpuluh lagi anak muda seperti beliau di luar sana.

MEDIA MEMBERI GAMBARAN YANG SALAH

Masalah bermula apabila media  memberi GAMBARAN YANG SALAH mengenai deretan kereta yang kononnya dimiliki oleh Fauzan sedangkan ianya bukan. Sungguhpun beliau berasal daripada keluarga yang berada, namun ia tidaklah seperti yang digambarkan oleh pihak media secara MELAMPAU. Deretan kereta itu bukanlah miliknya! Hanya 2 kereta sahaja. Sepanjang saya mengenali Fauzan,beliau tidak pernah memiliki kereta Bently seperti yang ditunjukkan di beberapa akhbar. SPRM pun tidak menyatakan bahawa semua kereta itu adalah milik Fauzan. Nampaknya media lebih sudu dari kuah!

Saya faham bagaimana media beroperasi untuk menjadikan akhbar mereka laris dijual. Media cukup suka apabila sesuatu kes melibatkan VIP, anak orang kenamaan dan ada subjek kes. Inilah yang akan melariskan jualan akhbar mereka. Malangnya kali ini, Fauzan adalah mangsa. Namun harus diingat bahawa setiap penulisan ada implikasi undang-undang. Sedang kita  asyik menuduh/cuba menggambarkan kononnya hasil rasuah itulah yang menjadi pendapatan Fauzan, kita lupa hasil penulisan kita yang boleh jadi menimbulkan fitnah akan menjadi pendapatan dan diberi makan kepada anak-anak kita.Ingat tu!

INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY

Saya benci rasuah. Namun untuk membuktikan rasuah. Proses undang-undang perlu berjalan. Dan kini ia masih dalam siasatan. Ini juga apa yang berlaku di dalam kes ini. Tak perlu menjadi peguam segera dan tidak bertauliah. Cukup kita perlu menghormati proses yang  sedang berlaku. Sebagai sahabat,saya tidak berminat untuk masuk campur urusan politik. Saya mengenali Fauzan sebagai seorang yang merendah diri, hormat kepada orang tua dan cukup disayangi rakan - rakan dan orang sekeliling. Saya berdoa semoga Allah memberikan petunjuk yang jelas atas apa yang berlaku di Johor sekarang ini. Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah dan biarlah siasatan dijalankan dengan lebih terperinci dan telus. Adios!

#WeKnowUBetter #InnocentUntilProvenGuilty
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
AHMAD FAUZAN HATIM SUSPEK RASUAH HARTANAH JOHOR – DARI KACA MATA SEORANG SAHABAT AHMAD FAUZAN HATIM SUSPEK RASUAH HARTANAH  JOHOR  – DARI KACA MATA SEORANG SAHABAT Reviewed by kak tie on 12:41:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan