Header AD

4 Kali Bersalin Anak Zin@,Doktor Mohon Ikat Salur Folopian

loading...
loading...
4 Kali Bersalin Anak Zin@,Doktor Mohon Ikat Salur Folopian

Pukul 11.29 malam, terdengar sms masuk. Saya buka dan baca. ” Salam puan, Fina dah bersalin, belum? Kalau belum, minta doktor ikat.

Sebab dah 4 kali bersalin, dan Fina tu saya cadangkan tinggal terus di rumah puan, jadi pembantu. Kalau tidak, perkara yang sama akan berulang.”


Oleh kerana tidak ada nama pengirim, hanya nombor yang tertera , saya balas sms, ” Ini siapa?”

“Nordin, bapa Fina.” (Nama-nama yang terpapar bukan nama sebenar)

Ulasan saya, ” menerung punya bapak, seperti mengalakkan anak terus buat maksiat, macam nak kata lepas ni kalau nak berzina, teruskan aja dah tak risau mengandung lagi.”

Sebelum ni pun ada seorang ibu memohon doktor pakar perbidanan untuk ikat salur folopian anaknya supaya tidak mengandung lagi. Doktor pakar sudi minta pandangan saya.

“Kenapa nak ikat? “

“Saya tak larat nak jaga dia, dia suka jalan jalan mana dia suka, dan orang suka ambik kesempatan atas kelemahan dia.”

“Puan, nampaknya lepas ni puan dah tak kisah anak puan dijadikan pemuas nafsu lelaki, sesiapa pun yang tergerak nak guna dia, puan biarkan. Puan dah tak payah cari dimana anak puan berada, begitu ke?”

“Tidaklah sampai gitu.”

“Habis tu, kenapa nak suruh ikat?

 Patutnya bila sudah terjadi macam ni, puan akan lebih prihatin terhadap anak puan, ambik tahu kemana dan dengan siapa dia keluar. Buat larangan dalam situasi win win.”

Tunduk dan terdiam ibu tu memikir sesuatu. Tapi memang itulah tugas seorang ibu yang Allah amanah dan pertanggungjawapkan sehingga anak itu bernikah.
Berat atau mudah kena redha dan terima tanggungjawap ni. Bukan boleh ambik mudah dan cari jalan mudah.

Kembali semula cerita sms dari bapa tadi tu, jika bapak tu dah serah anaknya kepada jagaan saya, maka dengan rendah diri, saya memohon pertolongan Allah, supaya dia istiqomah dalam beramal dengan ilmu yang dia dapat di Baitus Solehah.

Saya pun takde sebarang daya upaya melainkan mengharapkan pertolongan Allah. Moga moga dia selamat dalam perjalanan menuju keredhaan Allah.

Bapaknya tidak yakin anaknya boleh berubah untuk menjadi hamba yang mentaati Allah dan rasulNya.

 Biarlah, Baitus Solehah akan terus membimbing dia menjadi hamba Allah yang diredhai.


Sumber: Baitus Solehah
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
4 Kali Bersalin Anak Zin@,Doktor Mohon Ikat Salur Folopian 4 Kali Bersalin Anak Zin@,Doktor Mohon Ikat Salur Folopian Reviewed by kak tie on 8:16:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan