Header AD

'Takpe sayang, syurga menantimu di sana'

loading...
loading...
'Takpe sayang, syurga menantimu di sana':






  • 6 hari si kecil ini menanggung derita denggi berdarah
  • Bayi berusia 5 bulan ini mula demam panas suhu mencecah 40'C
  • Pada awalnya, pihak perubatan belum dapat mengesan sebarang masalah pada bayi, Ujian darah juga dilakukan, namun darah arwah bebas dari denggi.
  • Hari keenam, arwah disahkan menghidap denggi berdarah
  • Takziah buat keluarga Zanariah Makhdar. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Aisy.



Alhamdulillah syukur Ya Allah di atas anugerahMu yang terindah. Amanat yang dipinjamkan selama 5 bulan 8 hari cukup bermakna. Walaupun hanya seketika, tetapi mampu membuatkan ummi dan baba merasa sangat-sangat bahagia sayang. 

Anak syurgaku Aisy Zulqarnain bin Amirul Faiz, tunggu ummi dan baba ye sayang. 

Tahniah sayang, Ummi ingatkan Aisy dah pandai meniarap saja, rupanya Aisy memang bijak sampai boleh melawan penyakit yang sangat serius. 





1.jpg
Ummi tak perasaan sayang, banyak rupanya tanda yang aisy tunjukkan. Aisy sentiasa nak berdukung, tidur berdodoi.. Dulu aisy taknak baring dalam stroller, nak kene dudukkan. Tapi masa ni, lama sangat aisy bole duduk dalam stroller.. Aisy nak jalan2 dengan ummi dekat taman ye sayang.. InsyaAllah nanti Aisy bawa Ummi ke taman syurga pula ye..
2.jpg
Sabtu 18 feb 2016, hari pertama Aisy demam panas. Suhu aisy 38,39.. Ummi & baba risau sangat sayang. 9.00 pm suhu aisy cecah 40, terus baba ajak ke hospital..

Doc bg ubat demam dgan masukkan ubat dekat Aisy.. Gambar ni hari kedua Aisy demam. Suhu masih 39. Ummi sentiasa mandikan dan lap aisy.. Ummi ikhtiar sejukkan bdn aisy dgn daun bunga raya. Wangi Aisy masa ni, bau segar anak syurga ummi..




3.jpg
Hari ke3, Ummi lapkan aisy sebab suhu aisy masih 38,39.. ummi dah xberani pakaikan baju aisy sebab nanti suhu aisy boleh naik balik..aisy minum susu ummi byk masa ni,3oz setiap kali minum.. sampai hari terakhir aisy hanya minum 0.5oz..

Sayang dah tak larat rupanya sebab perut dah sakit ye..Ummi halalkan setiap titik susu ummi untuk Aisy. Alhamdulillah cukup susu ummi untuk Aisy..


4.jpg
Sejuk anak syurga ummi, ummi pakaikan napkin basah dekat bdn sayang.. sebab suhu aisy tak turun jugak walaupun dah makan ubat demam setiap 6jam.. Kuat betul aisy berlawan dengan penyakit tu..


5.jpg
Ya Allah ummi masih terdengar-dengar suara anak syurga ummi panggil ummi dan baba.. tak berhenti merengek sebab demam ye sayang.. Hari ke3 ni ummi & baba bawak lagi aisy jumpa doktor untuk amik darah.. Doktor sahkan darah aisy bersih. Takde jangkitan kuman dan bukan denggi.. Ummi syukur sangat.. Ummi terus ikhtiar sembuhkan aisy..
6.jpg
Lemah sangat anak ummi.. Sentiasa nak dimanja dan dibelai.. Ummi rindu sayang nk peluk, dodoikan aisy..




7.jpg
Tangan kecil anak syurga ummi yang selalu ummi cium.


8.jpg
Hari ke4, tinggi sayang suhu badan aisy.. ummi rasa ni bukan demam biasa sebab terlalu lama aisy menahan.. aisy terlalu pasif masa ni.


9.jpg



10.jpg
Hari ke 4, Ummi dah tak sanggup tengok aisy dekat rumah lemah sangat.. ummi bawak pergi emergency, dan aisy kene admit wad.. doktor test lagi darah aisy dan memang clear dari jangkitan kuman atau denggi. 
11.jpg
Doktor dah mula on drip dekat aisy.. Masuk air dan antibiotik dlm bdn aisy.. badan aisy dah dehydrated sebab aisy kurang minum susu.. Tonsil sakit ye sayang sebab demam aisy dah lama..suhu tinggi sangat.
12.jpg
anak syurga ummi dah dehyrated.. kulit muka pun dah kering.. comelnya anak ummi.




13.jpg
Hari ke 5, aisy masih demam..doktor cakap tu mungkin viral fever..sebab takde tanda lain...


14.jpg
Anak syurga ummi kuat sangat.


15.jpg
Petang hari ke5.. aisy dah sejuk sgt, menggigil2 sebab ummi mandikan aisy dan lap badan aisy ..


16.jpg
Aisy Zulqarnain Anak ummi yang baik.. tunggu ummi di syurga sayang..


17.jpg
Hari ke6, 3am.. aisy tiba2 muntah keluar warna coklat seakan-akan darah.. Doktor cuma cakap tu hanya ubat yang aisy makan. Tapi ummi dapat rasa yang itu darah..4 kali Aisy muntah2.. sampai keluar airmata syg..


18.jpg
Oxygen aisy dah tak sampai ke tisu badan.. walaupun masa ni pernafasan aisy masih normal, tapi doktor bg oxygen dan aisy perlu masuk ICU..


19.jpg
Akhirnya, setelah beberapa jam aisy dalam ICU baru dapat detect aisy kene denggi berdarah.. MasyaAllah.. bukan denggi biasa yang aisy bertarung selama ni.. denggi berdarah sayang.. kuatnya anak syurga ummi..


20.jpg
Ummi redha dengan pemergianmu sayang.. Ummi halalkan setiap titik susu yang masuk dlm badan Aisy.. tenanglah anak ku, tunggu ummi dan baba.


21.jpg




22.jpg

Enam hari Aisy bertarung lawan demam panas, sampai hari keenam, akhirnya doktor berjaya kesan denggi berdarah. Tak apa sayang, syurga menantimu di sana. 

Sedekahkan Al-Fatihah. 

Aisy Zulqarnain bin Amirul Faiz
15 September 2016 - 23 Februari 2017
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
'Takpe sayang, syurga menantimu di sana' 'Takpe sayang, syurga menantimu di sana' Reviewed by kak tie on 3:51:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan