Header AD

Susulan Kes Kenalangan Maut 8 Remaja Berbasikal...Ini Reaksi Dari Istana Johor

loading...
loading...
Susulan Kes Kenalangan Maut 8 Remaja Berbasikal...Ini Reaksi Dari Istana Johor

Tengku Temenggung Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim, menegur tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan perasaan benci serta perkauman ekoran tragedi kemalangan maut di negeri itu baru-baru ini.
Tunku Idris memberikan reaksi kepada ajakan pihak tertentu untuk mengadakan protes terhadap pemandu kereta terbabit pada pagi tadi.
Mesej mengajak orang ramai mengadakan protes itu berbunyi: "Bantahan terhadap wanita Cina yang tidak dipenjarakan atau didenda dan dibiarkan lepas oleh polis begitu saja."
Mengulas mesej itu Tunku Idris menulis di Instagram: "Notis merepek apakah yang tersebar ini? Adakah begini perangai orang Johor yang bertamadun? Hentikan menuding jari. Saya harap Bangsa Johor tidak hadir pada perhimpunan yang mengapi-apikan kebencian kepada seseorang begini. Dan jangan jadikan ia isu perkauman."
Seramai lapan remaja terbunuh dan lapan lagi cedera apabila basikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, dekat Johor Bahru awal pagi 18 Februari lalu.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian pukul 3 pagi itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.
Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 13 dan 17 tahun itu. http://www.malaysiakini.com/news/372932
Menurut anakanda ketiga Sultan Johor itu, pemandu kereta terbabit "lebih berhak berada di lebuh raya berkenaan" berbanding remaja berbasikal yang tidak mengenakan sebarang alat perlindungan diri.
"Saya secara peribadi pernah berdepan dengan kanak-kanak begitu yang melintas secara berbahaya di depan kereta saya sebelum ini," katanya.
Beliau juga menegaskan rasa simpati dan dukacita kepada keluarga mangsa kemalangan itu dan berdoa mereka tabah menghadapi ujian berkenaan.
Namun Tunku Idris mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak saling menyalahkan orang lain
Sementara itu cubaan meneruskan protes berkenaan di Dataran Bandaraya Johor pagi tadi berakhir dengan penangkapan oleh pihak berkuasa.
Portal mStar Onlinemelaporkan, tujuh remaja ditahan polis trafik berhampiran dataran berkenaan kira-kira jam 10 pagi.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Susulan Kes Kenalangan Maut 8 Remaja Berbasikal...Ini Reaksi Dari Istana Johor Susulan Kes Kenalangan Maut 8 Remaja Berbasikal...Ini Reaksi Dari Istana Johor Reviewed by kak tie on 9:17:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan