Laman Facebook, Nescafeais.com yang memuat naik video yang berdurasi 3 minit itu mendapat 2,900 tontonan dengan 64 perkongsian sehingga pukul 1.30 pagi tadi.

Video itu memaparkan Jong-nam yang tiba di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menyaksikan dua wanita (yang ditanda) melakukan sesuatu kepada Jong-nam sebelum abang pemimpin Korea Utara itu mendapatkan bantuan petugas di kaunter pertanyaan dan seterusnya kepada dua petugas polis bantuan klia2.

Rakaman CCTV itu menunjukkan dua wanita menghampiri mangsa sebelum mencekik dan menekap sesuatu ke muka Jong-nam sebelum kedua-duanya dirakam meninggalkan mangsa.

Penyerang itu hanya mengambil masa selama 2.33 saat sebelum meninggalkan mangsa