Header AD

Padah Biar Anak Berbasikal Tengah Malam,Tujuh Kanak-kanak Maut Dilanggar Kereta Di JB

loading...
loading...
 Padah Biar Anak Berbasikal Tengah Malam,Tujuh Kanak-kanak  Maut Dilanggar Kereta Di JB

TUJUH orang kanak-kanak yang dibiarkan berbasikal selepas lewat tengah malam tadi di sekitar bandar Johor Bahru dikatakan maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan yang didakwa dipandu seorang wanita.


Kejadian didakwa berlaku berhampiran stesen minyak Petronas bersebelahan dengan Kawasan Perkuburan Mahmoodiah, Johor Baharu.

Gambar dan video rakaman kejadian tersebut tersebar di media sosial apabila ia mula dikongsikan oleh netizen melalui pelbagai group di facebook. 

"Al Fatihah, berlaku kemalangan berhampiran Petronas dekat perkuburan Mahmoodiah, perempuan langgar budak-budak main basikal. Aku sempat kira ada 7 orang budak lelaki yang mati ya Allah tak sampai hati nak tengok, ada yang tengah nazak, baru berlaku dalam 15 minit lepas," dakwa Mohd Akim yang berada di tempat kejadian.




Rata-rata orang ramai memberikan reaksi spontan menyalahkan ibu bapa kumpulan kanak-kanak terbabit kerana membiarkan anak-anak mereka berkeliaran bermain basikal di bandar selepas lewat tengah malam.



                                    

"Kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang kerap main basikal di waktu malam dan masih belum ada khabar berita mengenai anak anda sejak malam tadi, sila pergi ke balai polis berdekatan atau pun Hospital Sultanah Aminah," tulis seorang pengguna facebook.




Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Padah Biar Anak Berbasikal Tengah Malam,Tujuh Kanak-kanak Maut Dilanggar Kereta Di JB Padah Biar Anak Berbasikal Tengah Malam,Tujuh Kanak-kanak  Maut Dilanggar Kereta Di JB Reviewed by kak tie on 7:30:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan