KOWLOON - HONG KONG. Dua aktor Hong Kong berlakon menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) serta Presiden Korea Utara Kim Jong-un dan beraksi mesra di hadapan Kedutaan AS di Hong Kong.

Memetik laporan Shanghaiist, kedua-dua aktor itu 'bersatu' bagi menyampaikan mesej harapan supaya hubungan kedua-dua presiden di negara yang sering bertelagah itu bertambah baik.

"Saya fikir dia seorang pemimpin yang hebat dan dia sama seperti saya, diktator. Dan saya fikir dengan itu dalam fikiran beliau (Trump) akan menjadikan Amerika Syarikat dan Korea Utara bersatu.

"Jadi, kita akan menjadi rakan yang hebat," kata Kim palsu merujuk kepada 'rakan sejawatnya' Trump.

Kedua-dua mereka juga dilihat bersiar-siar sambil memotret gambar kenangan di sekitar jalan di Hong Kong.