Header AD

Kes Cikgu Ezlie: Peguam Pula Dedah Cerita Sebenar

loading...
loading...
Kes Cikgu Ezlie: Peguam Pula Dedahkan Cerita Sebenar






Kes rogol yang melibatkan seorang guru Pendidikan Jasmani yang dituduh merogol anak muridnya masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.

Rata-rata netizen jelas seperti ingin membela nasib Cikgu Ezlie, ini kerana pendedahan seorang bekas anak muridnya Nurhafizah Binti Husin, di media sosial baru-baru ini yang menyatakan bahawa cikgu Ezlie langsung tidak bersalah.

Rentetan pendedahan itu memanggil seseorang yang dikenali Faizal Riduan daripada

Faizal Riduan & Associates berkongsi sesuatu untuk semua netizen fahamkan.

Oleh: Faizal Riduan

Artikel berkaitan:

Kes Rogol Anak Murid: Cikgu Ezlie Dedahkan Hal Sebenar, Cikgu Ezlie Tidak Bersalah! 


  RAYUAN KEPADA NETIZEN: HENTIKAN FITNAH KE ATAS MANGSA ROGOL DAN LINDUNGI HAK KANAK-KANAK



Alhamdulillah selepas seharian melawan pandangan sonsang netizen yang tanpa usul periksa mempercayai fitnah terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa rogol seorang guru pendidikan jasmani, akhirnya pemuat status berkenaan memadamkan status tersebut diikuti dengan permohonan maaf.


Namun sayangnya fitnah ini telah tersebar marak apabila dipercayai dengan perkongsian oleh lebih 4,000 orang, disukai oleh lebih 3,000 orang dan dikomen oleh lebih 2,000 orang yang secara tidak sedar telah merosakkan kredibiliti mangsa, hakim dan institusi perundangan negara.


Malangnya walau pun status fitnah tersebut telah dipadamkan, ribuan netizen yang membacanya sekali lalu akan terus mempercayainya sebagai benar dan mengecam mangsa dan hakim tanpa mengetahui fakta kes, prosiding mahkamah dan kronologi kejadian. Prasangka dan prejudis terhadap sistem kehakiman negara akan terus kekal selagi pembetulan tidak dibuat.


Berdasarkan pengalaman ringkas saya dari segi undang-undang sivil dan Syariah serta psikologi mangsa dan pemangsa, berikut saya ingin memperbetulkan beberapa salah faham di kalangan netizen:


1) Status Nurhafizah Bt Husin ini bukan daripada pemahamannya sendiri mengenai kes ini dan dia tidak pernah mengikuti prosiding kes ini atau apa-apa kes jenayah di mahkamah. Dia juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai proses siasatan polis dan proses perbicaraan di mahkamah. Oleh yang demikian, pandangannya adalah bias dan berat sebelah kepada tertuduh yang juga guru persilatannya.



2) Nurhafizah juga tidak mengenali mangsa dan cerita mengenai keburukan mangsa diketahui daripada 'cakap dengar' daripada tertuduh dalam pertemuan baru-baru ini di rumah tertuduh. Mahkamah telah mensabitkan tertuduh bersalah dengan hukuman penjara 24 tahun dan 12 sebatan. Persoalannya adakah kesaksian tertuduh yang telah ditolak oleh mahkamah hendak dipercayai di Facebook?



3) Cerita keburukan mangsa termasuk gambar mangsa diberikan oleh tertuduh atau melalui teman wanitanya 'Sandra' bagi tujuan ditularkan di media sosial dengan tujuan untuk memberikan gambaran palsu seolah-olah tertuduh teraniaya. Hakikatnya tertuduh mengaku pada masa dan tarikh kejadian pada Disember 2011 dan Ogos 2013, mangsa ada di rumahnya.



Persoalannya apakah keperluan seorang guru pendidikan jasmani membawa anak murid perempuan bermalam di dalam rumah bujangnya dalam keadaan dia sendiri memegang status duda? Adakah dia mengadakan senaman gimrama artistik atau sekolah tiada kawasan untuk bersenam?!



4) Cerita kononnya mangsa meminati tertuduh dan ibunya meminta tertuduh untuk mengahwini anaknya juga adalah cerita mitos rekaan dan imaginasi tertuduh semata-mata seperti dalam slot drama jam 7.00 petang. Kes ini di Malaysia dan bukan di India! Tiada ibu yang sanggup mengahwinkan anaknya yang berusia 11 tahun ketika kejadian. Tertuduh menyatakan bahawa terpaksa menolak cinta anak muridnya tetapi mengapa tertuduh sanggup pula membuka pintu rumah dan pintu bilik?!



5) Rupa paras dan keseksian seseorang tidak boleh dijadikan kriteria atau ukuran sama ada seseorang itu boleh menjadi mangsa rogol atau tidak. Perogol tidak memerlukan sebarang kriteria, standard atau justifikasi untuk merogol. Ya benar ada perogol yang memilih wanita cantik seperti mangsa Canny Ong dan Noor Suzaily Mukhtar. Namun jangan lupa lebih ramai perogol tidak memilih rupa paras seperti dalam kes haruan makan anak, gadis OKU lembam dan nenek berusia 60 tahun!



6) Personaliti luaran seseorang tertuduh juga tidak menjadikannya maksum atau malaikat! Pemangsa boleh sahaja dari kalangan guru malah bapa. Ianya hanya berkisar tentang ruang dan peluang untuk berbuat jahat. Kebaikan tertuduh pada masa lalu kepada ramai orang tidak ternafi sama sekali.



Namun baik Selva Kumar Subbiah yang didakwa merogol lebih 1,000 mangsa dan tertuduh yang merogol seorang mangsa, kesalahan rogol tetap berlaku. Walaupun semua anak muridnya yang lain yang berjumlah ribuan orang menjadi saksi akhlaknya tertuduh sebelum ini, ia tidak cukup untuk dijadikan hujah pembelaaan jika pendakwa raya berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan yang munasabah.



7) Serangan peribadi kepada mangsa yang dikatakan seorang yang bersosial dan memiliki gambar serta video lucah adalah bertujuan untuk menunjukkan mangsa adalah jahat dan tertuduh adalah baik. Fokus sebenar bukan kepada 'kedaraan' mangsa tetapi wujud atau tidak hubungan seksual antara tertuduh dan mangsa.



Merujuk kepada kes Pendakwa Raya lawan Mohd Ridzwan bin Md. Borhan (2004) 5 MLJ 300, mahkamah memutuskan bahawa:



Bagi membuktikan suatu kesalahan 'Rogol', terdapat intipati yang perlu dibuktikan menurut seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu:



(a) Bahawa tertuduh (lelaki) telah mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan yang menjadi persoalan;



(b) Perbuatan itu dilakukan dalam keadaan-keadaan dibawah mana-mana perkara yang dinyatakan dalam seksyen 375 Kanun Keseksaan;



(c) Bahawa perempuan itu bukanlah isteri tertuduh yang sah disisi undang-undang;



(d) Ujudnya kemasukan…..”

Ia dibaca bersama dengan Seksyen 375 (f) Kanun Keseksaan:



Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk dibawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:



(f) Samada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu dibawah umur enam belas tahun.



Oleh yang demikian, jika mangsa adalah bohsia sekalipun tertuduh tidak boleh mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun walaupun secara 'sukarela' dan 'suka sama suka'.



8) Tertuduh telah diberikan ruang yang adil di Mahkamah Sesyen Selayang sepanjang tempoh perbicaraan lebih 2 tahun dengan diwakili oleh 2 orang peguam. Tertuduh mula didakwa pada 7 Jun 2014 dan didapati bersalah dengan sabitan hukuman pada 17 Februari 2017 dengan dipenjara 24 tahun dan 12 sebatan.



Sungguh begitu, saya tidak bersetuju jika ada yang menghina tertuduh dan kerjayanya sebagai seorang guru. Begitu juga dengan penghinaan terhadap hakim mahkamah adalah melampau dan keterlaluan. Malah adalah sesuatu yang biadap apabila kehormatan mangsa seorang kanak-kanak perempuan dijadikan mainan dan integriti hakim dan mahkamah diperlekehkan.



9) Tindakan pemuat naik status menyebarkan identiti mangsa beserta gambarnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan tindakan tertuduh atau wakilnya menfitnah mangsa adalah satu kesalahan menghina mahkamah. Status fitnah ini juga boleh disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Nota: Saya memohon netizen agar tidak meremehkan kehormatan dan maruah perempuan walaupun seorang kanak-kanak dan begitu juga dengan hak tertuduh yang akan merayu ke Mahkamah Tinggi.



Netizen wajar menjadi waras dengan tidak memberikan komentar yang seksis dan misoginis yang menguris hati. Berikanlah empati dengan meletakkan diri anda di tempat mangsa dan keluarganya. Hari ini mungkin mereka yang menjadi mangsa dan esok lusa mungkin adik-adik atau anak-anak kita. Pedofilia berada di mana-mana!



Akhirnya marilah kita berserah kepada Tuhan dan keadilan Mahkamah Tinggi, jika guru tersebut di pihak yang benar maka dia diselamatkan dan jika sebaliknya diberikan hukuman yang lebih berat.



P/S: Saya akan mendapatkan Alasan Penghakiman daripada Mahkamah supaya netizen boleh membaca prosiding perbicaraan dan kronologi kejadian rogol tersebut
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kes Cikgu Ezlie: Peguam Pula Dedah Cerita Sebenar Kes Cikgu Ezlie: Peguam Pula Dedah Cerita Sebenar Reviewed by kak tie on 8:11:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan