Header AD

Duta Korea Utara akan di tembak jika pulang

loading...
loading...
Duta Korea Utara akan di tembak jika pulang

PETALING JAYA: Duta Korea Utara, Kang Chol yang semalam membidas pihak berkuasa Malaysia dalam penyiasatan kematian Kim Jong Nam, berdepan hukuman tembak mati di negaranya sekiranya gagal memperlihatkan ketegasan dalam mewakili regim Pyongyang, menurut seorang diplomat veteran.
Kemungkinan itu sesuatu yang pernah berlaku, menurut bekas duta besar Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius.
“Sekiranya beliau tidak tampak bersungguh-sungguh dan teliti dalam mempertahankan regimnya, beliau mungkin menerima nasib sama duta sebelum ini yang ditembak oleh pasukan skuad penembak selepas dipanggil balik dari Kuala Lumpur,” kata Dennis, yang pernah berkhidmat di kedutaan Malaysia di Beijing paa 1980-an, misi yang turut bertanggungjawab dalam hubungan dengan Korea Utara.
Pada awal 2014, bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, dihukum tembak mati oleh regim Korea Utara.
Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song Thaek, bapa saudara diktator Korea Utara Kim Jong Un. Song Thaek dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya termasuk 2 anak lelakinya pada Disember 2013.
Dennis berkata kebimbangan ini menyebabkan Kang Chol terpaksa mengambil pendekatan lebih drastik dengan mengecam Malaysia.
“Susah membayangkan beliau meneruskan jawatannya… Itulah bahaya yang menunggu kakitangan perkhidmatan diplomatik Korea Utara,” tambahnya.
Semalam, Kang Chol yang selama ini enggan bercakap kepada media, membacakan kenyataan akhbar membidas kerajaan Malaysia, sambil berkata pihaknya tidak yakin dengan sebarang penyiasatan terhadap Jong Nam, abang tiri kepada diktator Jong Un, yang dipercayai dibunuh oleh agen upahan Pyong Yang.
Rakaman video menunjukkan Jong Nam diserang 2 wanita dipercayai agen upahan Pyongyang, ketika berlegar di lapangan terbang tambang murah klia2 di Sepang, pada 13 Februari.
Permintaan Korea Utara sebelum ini supaya Malaysia menyerahkan mayatnya ditolak.
Semalam, Kang Chol mempersoalkan keputusan Malaysia melakukan bedah siasat dan mengingatkan Putrajaya yang Jong Nam memegang pasport diplomatik.
Dennis bagaimanapun menjelaskan, alasan Jong Nam memegang pasport diplomatik boleh dipersoalkan memandangkan akreditasi diplomatik itu tidak diiktiraf secara rasmi di Malaysia.
“Maksudnya, Malaysia mempunyai hak menentukan pelbagai kaedah menangani kes ini,” kata Dennis menulis dalam FMT.
Beliau turut mengingatkan kes kematian Jong Nam turut melibatkan dimensi hubungan antara Korea Utara dan China.
Beijing selama ini memberikan perlindungan kepada Jong Nam, walaupun negara itu menghulurkan pelbagai bantuan ekonomi kepada regim Korea Utara yang berdepan sekatan antarabangsa.
Menurut Dennis, pembunuhan Jong Nam sudah pun menerima reaksi keras daripada Beijing yang bertindak mengharamkan import arang daripada Korea Utara.
Beliau menambah, Malaysia juga perlu berhati-hati disebabkan hubungan rapatnya dengan China.
Beliau sekali lagi mempersoalkan Malaysia kerana masih mengekalkan kedutaannya di Pyongyang, sambil berkata hubungan itu tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada Malaysia.
“Tak ramai rakyat Malaysia yang membayar cukai akan hampa sekiranya kedutaan Malaysia di Pyongyang ditutup terus,” kata Dennis.

Isteri, anak suspek Korea Utara pindah

PETALING JAYA: Isteri suspek Korea Utara yang ditahan berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam minggu lalu berpindah serta-merta kerana dipercayai bimbang nyawa mereka terancam.
Menurut seorang jiran Ri Jong Chol yang dipetik China Press, sejak lelaki itu ditahan Jumaat lalu, isterinya yang keluar bersama 2 anak mereka tidak lagi kelihatan sehingga semalam.
Menurut wanita itu, lebih 10 anggota polis yang datang pada malam Jumaat lalu, menjerit dan mengetuk pintu rumah lelaki itu sekurang-kurangnya 30 minit.
Bagaimanapun, katanya, polis terpaksa memecah masuk ke unit di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur itu untuk menahan Ri kerana tiada orang membuka pintu.

Beliau berkata, Ri sekeluarga tidak menonjolkan diri dan akan bertegur sapa dengan jiran menggunakan bahasa Inggeris ringkas ketika terserempak.
Difahamkan, anak perempuan Ri sedang menuntut di Kolej Universiti SEGi.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Duta Korea Utara akan di tembak jika pulang Duta Korea Utara akan di tembak jika pulang Reviewed by kak tie on 8:16:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan