Isnin, 9 Januari 2017

Universiti Malaya terjejas kemudahan terabai, pensyarah disuruh berhenti

loading...
Universiti Malaya terjejas kemudahan terabai, pensyarah disuruh berhenti:

PEMOTONGAN bajet terhadap pusat-pusat pengajian tinggi negara oleh perdana menteri, dilapor turut menjejaskan Universiti Malaya, UM yang juga merupakan universiti paling tua negara berusia 111 tahun.

Laporan muka depan akhbar Sunday Star bertajuk "UM feeling the crunch" semalam melaporkan, UM terpaksa melepaskan kakitangan-kakitangan akademik yang berpengalaman, sekaligus menjejaskan kualiti pembelajaran.

Malah pemotongan bajet kerajaan juga didakwa telah mengakibatkan kemudahan-kemudahan universiti terabai sekaligus menjejaskan para pelajar dan kakitangan universiti tersebut.

Ramai pelajar dan kakitangan akademik mengadu tentang beberapa pensyarah yang hebat telah diarahkan untuk berhenti.



Universiti Malaya menurut The Star, hanyalah satu daripada banyak lagi universiti-universiti awam yang terhimpit akibat pemotongan bajet pendidikan dari kerajaan persekutuan.

Ramai kakitangan terutama dari negara luar yang bertugas secara kontrak di universiti dilaporkan tidak diperbaharui kotrak kerja mereka.

Universiti Malaya telah menerima peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM638 juta pada tahun 2015, peruntukan itu kemudian dipotong sebanyak 27.3 peratus tahun lalu, sebelum dipotong lagi sebanyak 20.2 peratus tahun ini.

Memetik kenyataan Aznijar seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan UM, beliau menyifatkan pemotongan bajet ini sebagai "tidak adil," kerana kerajaan sepatutnya sentiasa mengutamakan pendidikan.

Tambahnya lagi, pemotongan itu sudah sampai ke tahap menjejaskan operasi universiti.

Malah kakitangan yang masih bertugas di universiti dikenakan pelbagai bentuk langkah pengurangan kos, seperti menghadkan hanya satu 'ream' kertas cetak untuk setahun.

Mereka juga terpaksa membeli sendiri alat tulis seperti 'marker pen'.

Najib Nazak dan para pengampunya setiap hari pukul canang menerusi media, mengatakan ekonomi negara dalam keadaan baik, kukuh, gemilang, terbilang, terhebat, paling baik di Asia, di dunia dan macam-macam lagilah.

Sampai kata Najib Presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump pun puji kemajuan ekonomi Malaysia.

Sepatutnya bila ekonomi makin baik, makin bagus, maka makin banyaklah peruntukan untuk universiti kerana pendidikan adalam perkara yang sangat penting untuk pembangunan negara. 

Namun perkara sebaliknya yang berlaku.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: