Header AD

Kemelut Seorang Anak Luar Nikah

loading...
loading...
Kemelut Seorang Anak Luar Nikah

TAMPIN - “Sepanjang penjagaan serta pemantauan pihak hospital dan kakitangan JKM, dia hanya menyebut perkataan mamam sahaja,” luah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mohamad Hapil ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, dalam kes ini, si kecil berkenaan sangat menyentuh hati kakitangan jabatannya, pihak hospital serta polis yang menjaganya secara bergilir-gilir kerana berkelakuan sangat baik dan pandai menjaga diri.

Menurutnya, buat masa ini, belum kelihatan secara ketara dia mencari atau memanggil ibunya atau sukar tidur pada malam pertama berada di dalam rawatan di Hospital Tampin.

“Adik ini terlalu baik, mungkin dia ada mencari ibunya tapi kita tak faham apa yang diperkatakan adik ini kerana dia hanya menyebut perkataan mamam dengan jelas sahaja.

“Lain-lain perkataan kita tak faham. Cumanya kita lihat adik  ini semakin ceria dan lebih banyak makan serta minum berbanding seawal dimasukkan ke Hospital Tampin semalam,” katanya.

Mohamad berkata, buat masa ini, kakitangannya sedang menguruskan perintah penjagaan sementara kepada datuknya.

Menurutnya, sebaik kanak-kanak ini dibenarkan keluar daripada Hospital Tampin, dia boleh dijaga oleh datuknya di Felda Jelai 1.

“Bagaimanapun, kita dari masa ke masa akan memantau perkembangan serta keperluan membantu menguruskan sijil kelahirannya.

Sinar Harian hari ini melaporkan kisah kanak-kanak yang ditemui ditinggalkan ibu kandungnya sendiri di rumah papan gelap di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, kira-kira jam 12.45 tengah malam.

TAMPIN – Misteri Muhammad Adam Khuzaime Abdullah, 3, yang ditemui di­tinggalkan seorang diri di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buluh, Air Kuning di sini pada 5 Januari lalu bertambah rumit apabila seorang wanita tampil mengaku budak itu me­rupakan anak­nya.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, seorang wanita berusia 37 tahun berasal dari Segamat, Johor dan bekerja di Seremban menghubungi dan tampil ke Balai Polis Tampin kelmarin. Dia me­ngaku bahawa kanak-kanak yang mencetuskan kontroversi itu merupakan anaknya.
“Wanita itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin semalam (kelmarin) bagi memberi keterangan.
“Dia mengaku Muhammad Adam merupakan anaknya hasil hubungan luar nikah dengan teman lelakinya.
“Kanak-kanak itu diserahkan kepada rakannya untuk dijaga dengan upah RM600 sebulan,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beginilah keadaan rumah di mana Muhammad Adam ditinggalkan bersendirian oleh seorang wanita dan dijumpai polis dalam keadaan lapar dan menangis. -fotoBERNAMA

Muhammad Adam ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira 1 pagi Jumaat lepas, dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.

Dia dipercayai ditinggalkan seorang diri oleh ibunya sejak 6 petang, Khamis lalu sebelum ditemui sehari kemudian apabila sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk ke rumah tersebut.

Tindakan itu susulan laporan polis yang diterima daripada ketua kampung pada 12.45 tengah malam yang menyatakan terdengar bunyi budak sedang menangis di dalam sebuah rumah yang berkeadaan gelap dan berkunci.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kemelut Seorang Anak Luar Nikah Kemelut Seorang Anak Luar Nikah Reviewed by kak tie on 6:03:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Post AD