Header AD

Hilang Setahun Di Madinah: Azimah tanya rakan cara kahwini warga Arab

loading...
loading...
Hilang Setahun Di Madinah: Azimah tanya rakan cara kahwini warga Arab

KUALA LUMPUR: Ibu tunggal Nor Azimah Ibrahim yang hilang di Madinah, pernah menghubungi kenalannya di Tanah Suci untuk mengetahui proses perkahwinan dengan warga Arab Saudi atau rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Abdul Aziz Abas, yang kini menetap di Madinah mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Islam Madinah, berkata Nor Azimah menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp bertanyakan perkara berkenaan, beberapa hari sebelum dia dilaporkan hilang.

"Bila dia yang bercakap begitu, saya menjadi takut...sebab, nanti susah pula saya nak kena uruskan kahwin...apa semua. Saya sibuk dengan belajar, peperiksaan, buat tesis," katanya ketika dihubungi Bernama TV di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata Nor Azimah, 31, adalah kenalannya semasa menuntut di sebuah kolej di Malaysia.

Abdul Aziz berkata beliau kemudian meminta Nor Azimah menghubungi isterinya untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses perkahwinan itu.

"Saya kata pada Azimah untuk urusan lanjut hubungi isteri saya," katanya sambil menambah Nor Azimah kemudian tidak lagi menghubungi beliau atau isterinya selepas itu.

Abdul Aziz berkata dia juga telah dipanggil memberi keterangan oleh pihak berkuasa Arab Saudi susulan kehilangan Nor Azimah.

Nor Azimah yang mempunyai seorang anak perempuan dan berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas.

Ibu mangsa, Zamhani Zakaria, 52, sebelum ini berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu ialah pada 19 Dis lepas.


Zamhani yang tiba di tanah air pada 23 Dis lepas, berkata mereka sekeluarga sepatutnya pulang ke Malaysia pada 22 Dis lepas. - Bernama

Bapa nafi Azimah kahwin lelaki Arab semasa hilang di Madinah


SHAH ALAM, 6 Jan — Kehilangan Nor Azimah Ibrahim di Madinah, Arab Saudi pada Disember 2015 dikhuatiri berpunca daripada masalah kemurungan yang dihidapinya beberapa tahun lalu.

Perkara itu diceritakan bapanya, Ibrahim Abdul Rahman, 55, yang menyatakan anaknya pernah didiagnos menghidap penyakit berkenaan sejak bercerai dengan bekas suami sekitar 2014.

Tambahnya lagi, pemergian mereka sekeluarga menunaikan umrah ketika itu adalah antara usaha supaya Nor Azimah dapat kembali “bertenang” setelah pelbagai usaha lain termasuk perubatan psikologi kurang menampakkan kesan.

Ibrahim berkata disebabkan itu, beliau dan keluarga hanya menerima kepulangan anaknya kelmarin seperti biasa tanpa bertanya lebih lanjut mengenai kehilangannya, malah Nor Azimah sendiri masih belum mahu memberitahu apa yang terjadi kepadanya sepanjang tempoh itu.

“Semasa menunaikan umrah, suatu pagi kami sekeluarga ke Masjid Nabawi untuk solat subuh tapi Nor Azimah tidak mahu ikut pulang ke hotel…kami biarkan saja, mungkin dia mahu pulang kemudian, namun kami dikhabarkan dia pengsan ketika dalam perjalanan pulang dari masjid ke hotel.

“Memang setiap jemaah yang sakit atau pengsan akan dihantar terus ke hospital tetapi apabila kami ke hospital, saya dimaklumkan Nor Azimah yang ditahan di wad kecemasan sudah keluar dan sejak itu, kami tidak lagi berjumpa dengannya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, mengenali Nor Azimah, menghilangkan diri bukan niat sebenar wanita berusia 32 tahun itu namun ia mungkin disebabkan ketidakseimbangan pertimbangan akibat penyakit yang dihidapinya.

Ketika ditanya sama ada Nor Azimah telah berkahwin dengan rakyat Arab Saudi, Ibrahim hanya menggelengkan kepala dan menyatakan ia hanyalah khabar angin.

Ibu Nor Azimah, Zamhani Zakaria, 53, pula berkata anaknya itu kelihatan terkejut semasa melihat beliau dan Ibrahim menunggu kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

“Dia (Nor Azimah) tanya saya kenapa saya boleh ada sebab tak sangka saya tunggu dia.
“Masa itu dia macam biasa sahaja, mukanya biasa cuma masa Nor Azimah nampak anak perempuannya berumur empat tahun, dia agak terkejut.

“Hari ini kami semua layan dia macam biasa, tidak mahu tanya sebab tidak mahu dia beremosi.

“Dia keluar dari bilik, makan macam biasa, saya minta dia sidai kain, dia buat, semua macam biasa sahaja,” katanya.

Nor Azimah, dilaporkan hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Disember 2015 ketika mengerjakan umrah bersama bapa dan ibunya namun kembali ke Malaysia kelmarin kira-kira 12 tengah hari menaiki pesawat MAS dari Jeddah.

Kepulangan Nor Azimah disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohamad Ali Selamat.

Mohammad Ali dilaporkan berkata, pejabat konsul dihubungi pihak berkuasa Arab Saudi yang memaklumkan Nor Azimah ditemui pada 13 Disember lalu
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Hilang Setahun Di Madinah: Azimah tanya rakan cara kahwini warga Arab Hilang Setahun Di Madinah: Azimah tanya rakan cara kahwini warga Arab Reviewed by kak tie on 10:56:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan